Pada hari ini kos sara diri ternyata meningkat dan membebankan segelintir pihak. Orang ramai menggunakan pelbagai cara untuk memastikan perbelanjaan bulanan sentiasa mencukupi.

Baru-baru ini seorang wanita berkongsi ‘satu amalan’ beliau amalkan setiap kali mengisi minyak satu kali seminggu yang membolehkan keretanya bergerak ke mana-mana.

Baca Juga:

“Bismillahirrahmanirrahim, sebelum ni saya ada terbaca hamba Allah kongsi berkenaan “Allah Ya Muqit” (Allah Yang Maha Pemberi Kecukupan).

“Jadi saya kongsi dekat sini, setiap kali saya isi minyak kereta, baca dalam hati Surah Al-Insyirah (satu kali). Kemudian baca sebanyak yang mungkin ‘Allahumma Ya Muqit , Ya Muqit , Ya Muqit’ sepanjang masa kita tekan nozel minyak tu.

“Dalam hati lagi sambil berdoa – ‘Ya Allah, cukupkanlah minyak ni untuk aku guna seminggu,” petik hantaran Facebook Hajidah Abdullah.

Menurutnya, selepas amalkan amalan tersebut selama beberapa bulan, kereta beliau boleh bergerak ke mana-mana dengan mengisi minyak sekali seminggu sahaja.

Setiap hari selasa beliau akan isi full tank Perodua Viva 25 Liter.

“Anda semua cubalah. Kalau jadi, kongsi dengan saya tau. Tapi InshaAllah jadi, kena yakin.

“Boleh amalkan juga dengan kehidupan seharian kita. Masa gaji masuk, bacalah – ‘Allahumma Ya Muqit , Ya Allah Yang Maha Pemberi Kecukupan, cukupkanlah gaji ini untuk berbelanja sebulan. Mudah-mudahan, dengan izin Allah S.W.T cukup belanja kita untuk sebulan itu,” tambahnya lagi.

Setakat artikel ini ditulis, hantaran Facebook itu telah mendapat lebih 7,000 kali perkongsian semula oleh netizen.