Anda pasti bersetuju apabila kami katakan bahawa makanan yang disediakan oleh ibu adalah yang terbaik. Bayangkan ibu anda yang pulang dari tempat kerja dan telah minta anda untuk keluarkan daging beku dalam peti ais agar boleh terus masak setibanya di rumah tetapi anda terlupa berbuat demikian.

Tipulah jika anda tidak cuak dan berasa buntu kerana daging masih beku dan ibu anda hampir pulang ke rumah. Apa kata kami kongsikan tip untuk lembutkan daging beku mudahkan para ibu dan juga anda di luar sana sepantas 5 minit sahaja.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Sebenarnya mudah sahaja untuk lembutkan daging beku, anda hanya perlukan dua periuk jenis logam. Untuk pengetahuan anda, logam terutama sekali aluminium bertindak sebagai konduktor haba yang baik dimana haba terhasil melalui proses ini mampu melembutkan daging beku. Ayuh kita ikuti cara-caranya!

Untitled-design-4-9
Gambar hiasan. Sumber: Rasa.my

Cara-cara melembutkan daging beku:

1. Terbalikkan periuk yang pertama.

2. Kemudian, letakkan daging yang ingin dilembutkan atas permukaan belakang (bahagian punggung) periuk tadi.

3. Letakkan periuk lagi satu di atas daging tersebut. (Kedudukan daging diapit oleh dua periuk)

4. Isikan air ke dalam periuk tersebut.

5. Tunggu sehingga daging beku menjadi lembut. Kebiasaannya masa yang diambil dalam 5 hingga 10 minit bergantung kepada ketebalan daging.

Mudah, bukan? Selepas ini, anda bolehlah lembutkan daging beku dengan segera tanpa perlu menunggu lama. Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk anda dan selamat mencuba!

Sudah lembutkan daging tetapi tidak tahu nak masak apa? Apa kata klik pautan di bawah untuk dapatkan resipi menarik untuk dicuba.

Ini Bahan ‘Rahsia’ Untuk Perapan Daging Lebih Lembut Dan Lazat

Resipi ‘Daging Bakar Danok’ Yang Pasti Membuat Anda Terliur

Resipi Kari Daging Pekat Paling Sedap Dan Menyelerakan

Sumber