Kita sudah diajar untuk sentiasa menjaga kebersihan terutamanya diri sendiri dan tempat yang didiami. Namun, masih ada segelintir individu dilihat selamba duduk di dalam timbunan sampah walaupun tahu boleh berjangkit dengan pelbagai penyakit dan didatangi binatang liar.
Seorang pengguna TikTok menerusi akaun @niaempirewedding berkongsi sebuah video yang memperlihatkan keadaan bilik seorang anak dara yang dipercayai saudara terdekat yang mana cukup menggelikan dan cukup pedih untuk ditatap.
Mana tidaknya, bilik yang sepatutnya menjadi tempat istirehat itu kini dipenuhi timbunan sampah, pakaian yang berlonggokan serta juga sisa kulit telur ayam dan ada disimpan di celah-celah katil yang dipercayai mungkin dia ada makan di ruang tidur.
Selain tampak jijik, wanita yang merakam turut memaklumkan bau di situ cukup busuk, hamis dan hancing sekaligus tidak kondusif untuk diduduki.
@niaempirewedding Kemas rumah PUAKA part 1… rumah ni berpenghuni tau uuoolllsss bukan rumah tinggal.. aku ni bersabar je sepanjang mngemas bilik anakdara ni..bayangkan..cmne la die tido ngan katil bersepah,kotor..bau busuk,hamis,hancing cmni..dgn telo ayam..kain baju
Tidak hanya dibilik, keadaan di luar rumah, ruang tamu, tandas dan dapur juga cukup menyedihkan kerana tidak terurus seperti tempat pembuangan sampah.
@niaempirewedding Part 2:Sental lantai beranda rumah PUAKA yg penuh najis ayam..🤢🤮 buat berdua ngan anak perempuan ku umur 8tahun..nasib baik la anak ku xgeli..moga anak ku kekal pembersih hingga dewasa..seram tgok anakdara umur 17tahun boleh rilex2 xrse jijik tinggal dlm rumah cmni persekitaran nye..
@niaempirewedding Saya xlarat nak tulis panjang2..sbb saya pon kejar masa nak bersihkan rumah ni..hingga wangi n bersih sebersihnya.Rumah ini tidak disewakan & ianya bukan la rumah saya..saya seorg wedding planner,bukan buat servis bersih umah org😝 rumah ni masih berpenghuni bukan la rumah kosong atau rumah tinggal..rumah ini MASIH DI HUNI oleh sekelurga..doakan saya kuat utk terus bersihkan rumah ni..nnti saya dh transform saya update ye..maafkan saya andaikata membuka aib..kite jadikan iktibar je la ye..mne yg baik,ambil..mne yg buruk,buang jauh2..😇
Wanita yang merakam video itu lalu membersihkan ruangan bilik tidur dan rumah terbabit kerana risaukan kesihatan penghuni dan cuba menghalau binatang liar yang mungkin bersembunyi tanpa disedari di timbunan sampah.
@niaempirewedding Dah ye??sape kecam..hakak cucuk ontot die nnti 😂😝 so saya anggap ni penjelasan terakhir saya..pasni just enjoy je journey saya kemas2 umah PUAKA ye….
Wanita memaklumkan perkara ini berjaya disedari selepas dimaklumkan oleh pelanggan yang duduk di homestay miliknya yang berdekatan dan menyatakan keadaan rumah saudara itu terlalu kotor serupa macam tiada penghuni pula.
Di dalam video lain, dia memaklumkan rupanya sekeluarga itu mempunyai masalah dalam hal kebersihan sehinggakan terpaksa memangil orang kampung untuk bergotong-royong buat beberapa kali sebelum ini.
Dengan keadaan ibu bapa yang tidak sihat, anak perempuan mereka sepatutnya bantu membersihkan rumah dan bukannya meneruskan tradisi jijik tersebut.
Perkongsian video tersebut lantas meraih perhatian ramai dan rata-ratanya meluahkan rasa kecewa dan mual melihat keadaan bilik anak dara itu yang cukup menjijikkan.
Mereka berharap agar anak perempuan kepada keluarga itu boleh berubah dan membimbing keluarga ke arah yang lebih baik dan tidak mengharapkan orang lain untuk membersihkan sisa sampah yang dibiarkan selama ini.