Pernah tak anda ke butik UNIQLO sekadar untuk ‘mencuci mata’ dan akhirnya pulang dengan membeli barangan-barangan daripada butik ini?
Jika ya, anda tidak berseorang sebabnya kami pun sama! Malah, siapa sahaja yang tidak suka dengan UNIQLO!
UNIQLO Thank You Festival
Khas buat peminat UNIQLO, bermula 30 Mei sehingga 4 Jun 2025 ini, jenama ini bakal melangsungkan UNIQLO Thank You Festival (Kanshasai) di mana pelbagai tawaran eksklusif sedia ditawarkan buat pelanggan setia dan juga pelanggan baru.
UNIQLO Thank You Festival ini secara tidak langsung menjadi simbolik kepada penghargaan UNIQLO buat rakyat Malaysia atas sokongan yang diberikan selama ini.
Menerusi kempen yang berlangsung, anda bukan sahaja berpeluang mendapatkan pelbagai item pada harga terendah, malah servis yang ditawarkan juga dijamin puas hati!
Ayuh ketahui lebih lanjut 7 item yang sering menjadi rebutan serta ditawarkan secara promosi di UNIQLO:
1. Women’s AIRism Cotton Short Sleeve T-Shirt
Sekali pandang nampak macam sekadar T-shirt cotton biasa, namun serius berbeza apabila memakainya.
Materialnya yang ringan dan sejuk pastinya buat anda kekal selesa sepanjang memakainya.
Tidak hairanlah ramai yang borong T-shirt AIRism daripada UNIQLO! Memang sesuai sangat dengan cuaca di Malaysia.
2. Dry Colour Crew Neck T-Shirt
Anda mahukan t-shirt yang simple, selesa dan berkualiti tinggi? UNIQLO Dry Colour Crew Neck T-Shirt adalah jawapannya.
Kami yakin, anda tidak akan bosan dengan T-Shirt yang mampu menyerap peluh serta menawarkan keselesaan buat para pemakai ini.
Oh ya, UNIQLO Dry Colour Crew Neck T-Shirt turut hadir dengan pelbagai warna yang menarik untuk dipilih tau. Jangan lepaskan peluang untuk dapatkannya dengan harga menarik tau!
3. Premium Linen Shirt (Lelaki & Wanita)
Suka mix and match outfit anda tanpa perlu berfikir panjang? Mungkin Premium Linen Shirt yang ditawarkan buat lelaki dan wanita antara yang anda perlukan.
Selain versatil untuk digayakan, UNIQLO Premium Linen menawarkan keselesaan menerusi materialnya yang sejuk. Sesuai sangat dengan cuaca di Malaysia yang panas!
Bukan itu sahaja, warnanya yang pelbagai membuatkan anda lebih mudah untuk menggayakannya. Patutlah ramai yang menggunakannya sewaktu travel atau date night!
4. Women’s Wide Straight Jeans
Kalau anda mengikuti trend terkini, pastinya anda cukup tahu di mana style pakaian baggy memang tengah ‘in’ sekarang.
Bukan sahaja memberi keselesaan kepada pengguna malah buatkan pemakai tampil lebih bergaya dengan potongan yang anggun.
Buat anda yang mencari jeans yang baggy dan selesa untuk dipakai secara harian, kami cadangkan anda mencuba Women’s Wide Straight Jeans yang datang dalam pelbagai warna yang klasik
Kami yakin anda akan suka dengan jeans ikonik dengan warna classic dari UNIQLO ini.
5. EZY Jeans & Geared Pants
UNIQLO sememangnya mementingkan keselesaan pengguna. Begitu juga dengan denim keluaran mereka iaitu EZY Jeans.
Buat anda yang mahu mencari denim tapi rasa macam pakai jogger, EZY Jeans mesti jadi pilihan anda.
Sangat sesuai buat mereka yang mahukan dapatkan seluar yang lasak, selesa dan mudah untuk digayakan.
6. AIRism Boxer Briefs (Lelaki)
Khas buat para lelaki, kalau anda belum pernah cuba boxer AIRism Ultra Seamless Briefs, kami sangat recommend untuk anda
Sebabnya, material yang digunakan sememangnya sangat selesa dan lembut. Sesuai untuk dipakai sepanjang hari.
Kami yakin anda tidak lagi akan mencari produk jenama lain selepas mencuba boxer AIRism daripada UNIQLO.
7. Women’s Wireless Bra (3D Hold)
Bila kali terakhir anda membeli dan menggantikan baju dalam anda? Kalau dah lama tak update dan anda rasa kurang selesa dengan bra underwire, UNIQLO sedia menyelesaikan masalah anda.
Antara produk yang merupakan item terlaris di UNIQLO, sesuai sangat buat anda yang ingin menggunakannya bagi tempoh yang panjang sama ada untuk keluar travel mahupun bekerja.
Jangan lepaskan peluang shopping sempena UNIQLO Thank You Festival!
UNIQLO Thank You Festival hanya berlangsung selama 6 hari iaitu dari 30 Mei sehingga 4 Jun 2025.
Dalam erti kata lain, anda jangan berlengah lagi!
Ayuh shopping segera untuk dapatkan item-item yang dijamin selesa, harga yang berbaloi beserta servis yang mantap dari UNIQLO!
Ketahui lebih lanjut atau shopping sempena UNIQLO Thank You Festival dengan klik di SINI.