Berbaki beberapa hari sahaja lagi sebelum kita menjejak ke bulan suci Ramadhan, kini sudah ramai mula membuat ‘survey’ untuk mencari juadah berbuka yang berbaloi di Bazar Ramadhan masing-masing.
Tidak mahu menjadi mangsa penipuan serta kerugian wang lagi, nampaknya netizen meminta bantuan Jason selaku pengulas makanan dipercayai untuk mencuba juadah yang dijual di Bazar Ramadhan kelak.
Kita sedia maklum sudah berapa banyak kes dilaporkan berkaitan penjual menawarkan juadah ala kadar dan lebih teruk lagi menjual semula makanan yang tidak habis pada hari sebelumnya.
Jason pls 🥺🥹 pic.twitter.com/qrdJe5SGHO
— ALAN KENA SABAR (@IniAlalalannn) February 23, 2025
Melihat kepada ciapan tersebut, ramai netizen bersetuju yang Jason seharusnya membuat ulasan juada yang dijual di Bazar Ramadhan pada kali ini.
Ada netizen memberi saranan untuk pergi mencuba gerai yang menjual kuih pelita kerana memastikan keasliannya dan tidak tertukar dengan kuih tako yang berasal dari Thailand di mana mempunyai ciri yang serupa.
Selain itu, netizen juga berharap Jason akan mengulas juadah murtabak dan roti john yang sememangnya terkenal pada musim bulan Ramadhan.
Hal ini kerana sudah acap kali kita melihat pembeli yang mengadu murtabak atau roti john yang ditawarkan hanya terisi sedikit isi daging atau ayam dan kadang kala hanya ada sayur semata-mata.
Bukan itu sahaja, ada yang siap menyarankan nama siri review baharu tersebut sebagai 1 hari 1 bazar yang mana pasti bakal menjadi rujukan buat para penonton.

Menariknya, Jason telah memberikan respon yang dia sedia memenuhi permintaan ramai dengan berkata Onz kepada mesej peribadi yang diterima dari salah seorang netizen menerusi Instagram.