Harga hartanah di Malaysia pada hari ini sudah berada pada sisi mahal secara keseluruhannya. Bagi mereka yang bekerja biasa-biasa boleh dikatakan hampir mustahil untuk memiliki rumah impian masing-masing.

Baru-baru ini, seorang lelaki yang juga bergelar kontraktor renovasi rumah telah berkongsi satu kisah inspirasi tentang perjuangan seorang suami yang sanggup menabung untuk membeli rumah secara tunai walaupun disindir oleh orang sekeliling termasuklah isterinya.

Sering Disindir Isteri, Suami Berjaya Ubah Rumah ‘Busuk’ Berharga RM100,000 Jadi Mewah
Sumber Gambar: TikTok

Difahamkan pada mulanya si suami sering disindir isterinya kerana tidak memiliki rumah sendiri.

Namun, dia tidak menghiraukan semua sindiran tersebut dengan bergerak ke hadapan lalu membeli rumah busuk atau bahasa mudahnya sesebuah rumah dalam keadaan terbiar dan dipenuhi semak samun serta rosak teruk yang dijual pada harga murah.

Dia telah menyimpan RM100,000 selama 10 tahun dengan niat mahu membeli rumah secara tunai. Memang tidak dinafikan, rumah yang dibelinya tampak usang serta dipenuhi pelbagai kerosakan dalaman. Pada tingkat atas bahkan didakwa dipenuhi taik yang dipercayai pernah diduduki oleh penagih dadah.

Sering Disindir Isteri, Suami Berjaya Ubah Rumah ‘Busuk’ Berharga RM100,000 Jadi Mewah
Sumber Gambar: TikTok
Sering Disindir Isteri, Suami Berjaya Ubah Rumah ‘Busuk’ Berharga RM100,000 Jadi Mewah
Sumber Gambar: TikTok
Sering Disindir Isteri, Suami Berjaya Ubah Rumah ‘Busuk’ Berharga RM100,000 Jadi Mewah
Sumber Gambar: TikTok

Encik Fad Nasir telah dilantik sebagai kontraktor dalam mengubah suai rupa keseluruhannya dalam mendapatkan rekaan rumah impian selama ini.

Sering Disindir Isteri, Suami Berjaya Ubah Rumah ‘Busuk’ Berharga RM100,000 Jadi Mewah
Sumber Gambar: TikTok

Walaupun secara kasarnya kos baik pulih dan renovasi yang bakal dikenakan sangat tinggi, si suami terus bersetuju dengan jumlah kiraan mencecah RM89,000. Dia langsung merangka pelan layout yang lebih bagus dan kondusif untuk keluarga klien.

Ini termasuklah pemilihan tema modern white yang kontemporari serta membesarkan ruang rumah seperti dapur, tambah bilik untuk keselesaan.

Sering Disindir Isteri, Suami Berjaya Ubah Rumah ‘Busuk’ Berharga RM100,000 Jadi Mewah
Screenshot
Sering Disindir Isteri, Suami Berjaya Ubah Rumah ‘Busuk’ Berharga RM100,000 Jadi Mewah
Sumber Gambar: TikTok

Hasil kerja dari pasukan kontraktor tuan Fad Nasir ternyata sangat bagus sehinggakan si suami berulang-kali ucap terima kasih kerana sangat jarang untuk bertemu dengan kontraktor yang iklas dan baik pada masa kini.

Seusai jejak 5 bulan yang mana sudah hampir siap renovasi, si suami telah dimarahi isterinya kerana mengambil keputusan untuk membeli dan mengubah suai rumah busuk yang dipercayai mungkin tidak berbaloi.

Walaupun pada mulanya ramai mengatakan perumahan di situ nampak teruk, tetap ramai beli kawasan tersebut selepas menjadi tular.

Berkat kesabaran dan kepintaran si suami membuat pilihan pembelia rumah di bawah harga pasaran, kini harga semasa rumahnya sudah naik berlipat kali ganda selepas dinilai oleh pihak berwajib iaitu mencecah RM358,000.

Sering Disindir Isteri, Suami Berjaya Ubah Rumah ‘Busuk’ Berharga RM100,000 Jadi Mewah
Sumber Gambar: TikTok
Sering Disindir Isteri, Suami Berjaya Ubah Rumah ‘Busuk’ Berharga RM100,000 Jadi Mewah
Sumber Gambar: TikTok
Sering Disindir Isteri, Suami Berjaya Ubah Rumah ‘Busuk’ Berharga RM100,000 Jadi Mewah
Sumber Gambar: TikTok

Kisah ini berakhir dengan baik apabila pasangannya sangat gembira sebaik melihat keadaan rumah yang dibeli sudah berubah menjadi bak rumah mewah pula.

Jumlah pembelian dan juga ubah suai rumah jika dicampur hanya sekitar RM189,000 sahaja dan kini boleh mengaut keuntungan jika mahu dijual semula kerana harga hartanah telah naik mencecah RM300,000. Ini satu gerakan yang bijak yang dilakukan oleh lelaki terbabit.

Encik Fad Nazir langsung memuji sikap si suami yang tidak pernah mengalah dalam mengembirakan hati isterinya walaupun pada mulanya ditentang teruk oleh ramai orang.