Satu ketika dahulu pelanggan-pelanggan yang datang ke kafe untuk merasai air kopi, manisan dan pastri sambil berbual santai bersama rakan-rakan, serta menikmati ketenangan vibe ambiance kafe tersebut.

Bagaimanapun pada hari ini kafe sudah menjadi salah satu ‘port‘ bagi segelintir pihak yang mahu merekrut ‘downline‘ dan membuat konten media sosial.

Baca Juga:

Baru-baru ini pengguna media sosial meluahkan rasa kurang senang apabila ada influencer TikTok sering mengganggu ketenteraman pelanggan dengan membuat bising ketika merakam konten video media sosial.

https://twitter.com/dewishafikah/status/1621422454899089408?s=20&t=WLj79B264XZe_CLeAruuSQ

Nyata seorang pengguna Twitter, tindakan lelaki itu membuatkan pekerja di kafe tersebut rasa kurang senang setiap kali dia datang ke outlet tersebut. Perkara itu turut diakui oleh bekas pekerja di kafe berkenaan yang turut berasa ‘terganggu’ setiap kali lelaki itu datang ke situ.

Influencer itu didakwa duduk di kawasan luar kafe tersebut berjam-jam untuk membuat live sehingga mengganggu pelanggan lain yang turut duduk di meja luar disediakan.

Bagaimana ada netizen yang bertelagah pendapat mendakwa tiada peraturan yang menyatakan tidak boleh berbuat bising di mana-mana kawasan kafe.

Namun pendapat itu disangkal netitzen yang menyatakan ia adalah satu common sense di mana orang ramai sepatutnya menghormati dan tidak berbuat apa-apa perkara yang boleh mengganggu ketenteraman kawasan awam.

Dalam pada itu, baru-baru ini ada netizen melihat influencer tersebut membawa set kelengkapan podcast ketika membuat rakaman video di kawasan kafe berkenaan. Tindakan influencer itu dipercayai bagi ‘membalas semula’ kecaman yang diterimanya di laman media sosial Twitter ketika ini.

Sementara itu ada netizen turut mendoakan agar influencer tersebut mempunyai studio sendiri untuk membuat konten video dan rakaman live tanpa perlu mengganggu ketenteraman orang awam pada masa hadapan.

Sebelum ini penulis pernah mendengar keluhan seorang wanita berusia yang bekerja di sebuah rangkaian kedai makan segera mengenai hal sebegini.

Menurut wanita itu tindakan segelintir pihak yang duduk beramai-ramai buat satu jangka masa lama untuk berbual mengenai ‘bisnes air liur’ sangat menyusahkan pelanggan lain yang mahu duduk makan di kedai tersebut.