Raya dah dekat korang… Macam mana dengan persiapan raya tahun ni? Semua dah settle ke? Bagi yang belum atau tengah buat persiapan tu, jom serbu Eco-Shop sekarang.
Macam-macam barangan yang diorang tawarkan. Bab harga, korang jangan risau… Memang mampu milik dan berpatutan, sesuai dengan kualiti barang.
Tambahan pula, sempena sambutan hari raya tahun ini korang berpeluang untuk menang hadiah bernilai RM20,000! Best kan?
Serikan Raya dengan sertai Peraduan Beli & Menang Eco-Shop
Mahu memeriahkan lagi sambutan Hari Raya Aidilfitri pada tahun 2025, Eco-Shop telah mengambil inisiatif dengan menganjurkan Peraduan Beli & Menang khas untuk pelanggan setia mereka.
Syarat penyertaan juga sangat mudah. Pertama, korang kena jadi ahli Eco-Shop terlebih dahulu. Kemudian, korang hanya perlu berbelanja sebanyak yang boleh untuk menjadi pemenang terpilih.
Lebih banyak korang membeli, lebih tinggi peluang korang untuk menang.
Antara hadiah yang menanti korang termasuklah;-
- Hadiah Utama:
2 X set sofa bernilai RM5,000
2 X set meja makan bernilai RM3,000 - Hadiah saguhati:
40 pemenang bertuah akan menerima Baucar Tunai Eco-Shop bernilai RM100
*Peraduan tamat pada 12 April 2025. Maklumat lanjut berkaitan peraduan boleh di dapati di SINI
Kongsi Kreativiti melalui peraduan Raya Starter Pack!
Selain Peraduan Beli & menang, Eco-Shop turut menganjurkan Peraduan Raya Starter Pack hasil kolaborasi bersama Hot FM.
Melalui peraduan ini korang berpeluang untuk menang hadiah wang tunai bernilai RM 200 beserta baucar tunai Eco-Shop bernilai RM150.
Apa yang korang perlu lakukan hanyalah kunjungi Eco-Shop yang berhampiran, beli barangan yang wajib korang ada semasa hari raya. Lepastu, korang ambil gambar atau buat 1 video kreatif tentang bagaimana barangan tersebut jadikan raya korang lebih meriah dan post di media sosial korang.
Tak kisahlah Instagram atau Facebook yang penting korang letak #ecoshopmalaysia #memudahkankehidupan #jomserikanrayabersamaecoshop dan tag akaun rasmi Eco-Shop.
Last but not least, pastikan korang sertakan kapsyen menarik untuk posting tersebut.
Set kan akaun dan post korang dalam tetapan umum tau! Barulah mudah Eco-Shop nak akses ke post tersebut nanti.
Ambil gambar atau video yang menunjukkan bagaimana anda menyerikan suasana Raya. Tunjukkan barangan yang anda beli dari Eco-Shop dan bagaimana ia membantu membuatkan Raya anda lebih meriah!
Jadi, Apa yang korang tunggu?
Jom beli-belah di Eco-Shop dan sertai Peraduan Beli & Menang serta Peraduan Raya Starter Pack dan serikan raya korang pada tahun ini.
Mana tahu, korang adalah pemenang yang mereka cari.
Lagipun, di Eco-Shop shopping banyak pun tak rugi. Harga berbaloi-baloi!
Dengan Eco-Shop Raya korang pasti akan lebih bermakna tahun ini!