Seperti biasa pihak pengeluar permainan akan mendapat konsep rekaan untuk setiap watak rasmi sesebuah filem. Nampaknya ada maklumat tertiris yang diterima daripada set permainan yang akan dikeluarkan untuk Avengers oleh LEGO nanti.

Gambar ini dikongsikan oleh Falcon Fan di Instagram dan walaupun tiada gambar rasmi set ini yang dikongsikan ketika ini, tetapi ianya dapat memberi idea apa yang akan berlaku ketika Avengers 4 nanti.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

https://www.instagram.com/p/Br3X4YnneAs/

Terdapat 5 set yang akan dikeluarkan oleh pihak LEGO untuk filem Avengers ini nanti dan setiap set ini mewakili adegan penting dalam Avengers 4. Set Captain America: Attack of the Outrider memberi hint Captain Amerika akan mempunyai babak pertarungan yang hebat, War Machine Crusher memberi idea yang War Machine mungkin hadir dengan set perisai yang baharu serta Iron Man Armor Room memberi idea Iron Man bakal hadir dengan suit yang lebih hebat untuk bertarung dengan Thanos.

Set yang paling besar adalah Battle of the Assembled Avengers di mana ini mungkin set untuk pertarungan terakhir para Avengers menentang Thanos. Set ini juga merupakan set LEGO paling besar ($100 (RM420) untuk 699 kepingan LEGO) dan mungkin menampilkan figura kesemua Avengers yang muncul dalam filem ini.

Walaupun hint ini agak kecil, tetapi setidaknya anda peminat LEGO di luar sana sudah boleh buat kira-kira perbelanjaan untuk membeli kesemua set istimewa Avengers ini.

Set LEGO untuk filem Spider-Man: Far From Home juga turut dikongsikan bersama di mana akan ada 3 set LEGO yang bleh dipilih. Tidak pasti bila set LEGO ini akan mula dijual. Kemungkinan besar sekitar tarikh rasmi tayangan Avengers iaitu pada 26 April 2019.

#RealDeal. Nak dapatkan handphone power 8GB RAM + 128GB Storage? Jom tonton video ini.