Ini bukanlah kali pertama netizen kita membicarakan tentang harga tidak masuk akal set mangkuk lauk pauk berjenama Corningware yang mencecah harga ribuan ringgit di laman-laman e-dagang seperti Lazada dan Ebay.

Ya, mangkuk berjenama Corningware berwarna putih dan bermotif bunga-bunga yang mungkin pernah dibeli  oleh ibu-ibu anda di rumah-rumah di kampung suatu ketika dahulu.

IMG_0639
GAMBAR: BLOGSPOT HILMIRDADAUD

Seperti lemang dan rendang yang sinonim dengan sambutan hari raya yang bakal tiba tidak lama lagi, harga set mangkuk  ini juga sering menjadi sebutan orang ramai setiap kali menjelangnya Syawal.

Walaupun harga untuk set mangkuk lauk ini yang baru ada yang dijual serendah ratusan ringgit namun jangan pula anda terkejut jika harganya (untuk sesetengah set yang klasik dan vintage benar-benar mencecah sehingga ribuan ringgit dan ada yang dijual sehingga puluhan ribu.

Berikut adalah antara harga yang disenaraikan untuk set mangkuk klasik Corningware di laman e-dagang eBay yang digunakan di serata dunia. Perhatikan harga jualannya yang begitu tinggi daripada penjual dari Amerika Syarikat.

ebay2 ebay1

Bagaimanapun, jika anda masih tidak mempunyai set mangkuk lauk ‘berprestij’ ini, jangan risau dengan harga sehingga ratusan ribu ringgit yang diletakkan penjual dari luar negara kerana semakan di Lazada mendapati ia masih dijual dengan harga sedikit rendah berbanding di eBay.

Dengan ada yang bermula dari ratusan ringgit, set ini dijual dengan harga setinggi RM10,000 di laman e-dagang Lazada yang sentiasa menjadi pilihan rakyat Malaysia bila berbelanja. Ini mungkin boleh menjadi peluang terbaik anda untuk ‘memburu’ mangkuk lauk baru sempena hari raya ini.

lazada2 lazada1

Walaupun harga ini bukanlah harga rasmi jualannya memandangkan masih belum ada rakyat tempatan kita yang berjaya menjualnya dengan harga sebegitu tinggi, namun kegilaan harga mangkuk lauk pauk ini membuatkan kita tertanya-tanya apakah yang membuat ia begitu istimewa sehingga dinilai sedemikian.

Jika anda adalah salah seorang yang tertanya-tanya mengenai perkara ini, mungkin jawapan netizen ini dalam laporan Harian Metro baru-baru ini boleh merungkai segala kekusutan yang anda alami.

Kenapa terlalu mahal?

Menurut Hazwani yang merupakan pengumpul tegar koleksi pinggan mangkuk seramik, ia adalah kerana kualiti pembuatan mangkuk zaman dahulu berbeza dengan apa yang dihasilkan sekarang.

“Dahulu, kilang menghasilkan pinggan mangkuk menggunakan kaca seramik asli iaitu ‘Pyroceram’ yang tahan haba dan boleh terus digunakan dalam ketuhar.

“Kini, kebanyakan kilang berhenti menghasilkannya disebabkan permintaan tinggi tetapi kekurangan sumber. Ada pun ketahanannya tidak sama seperti dulu,” katanya.

Jadi, kepada anda yang mempunyai bajet yang lebih dan ingin bergaya di hari raya ini, anda juga boleh memburu set mangkuk lauk-pauk mahal ini dan siapa tahu mungkin anda boleh berkongsi gambar-gambar hidangan bersama mangkuk lauk ini  di grup-grup Facebook seperti ‘masak apa tak jadi’ dan ‘suami masak apa hari ini’.

Set pinggan mangkuk yang diperbuat daripada bahan ‘bone china’ turut mencipta kontroversi menjelang hari raya yang bakal tiba tidak lama lagi apabila dikatakan mengandungi bahan tidak halal. Baca penjelasan lanjut mengenainya di pautan di bawah. 

Status Halal Diragui, Ini Penjelasan Pejabat Mufti Mengenai Set Pinggan Mangkuk ‘Bone China’

Barang Antik Kerap Dicuri, Pemilik Muzium Percuma Di Melaka Ini Nekad Untuk Menutupnya

Sumber