MPH Bookstores, salah satu rangkaian kedai buku terkemuka di Malaysia, telah mengumum penutupan cawangan Mid Valley Megamall selepas 25 tahun.

Keputusan ini diumumkan melalui satu kenyataan rasmi yang dikeluarkan oleh pihak pengurusan MPH Bookstores.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Cawangan Mid Valley Megamall pertama kali dibuka pada tahun 1999, menjadi tonggak penting dalam sejarah perniagaan MPH.

Pada puncak operasinya, cawangan ini menawarkan pelbagai kemudahan termasuk terminal carian sendiri, kiosk internet, ruang bacaan, sudut kanak-kanak, dan kaunter perkhidmatan pelanggan yang lengkap.

Salah satu pencapaian cawangan ini ialah memiliki koleksi buku Kanak-kanak terbesar di Lembah Klang.

MPH Bookstores mengucapkan terima kasih kepada semua pelanggan yang setia selama 25 tahun dan mengakui bahawa kejayaan mereka tidak akan tercapai tanpa sokongan dari rakyat Malaysia.

Selain itu, mereka juga mengambil kesempatan untuk mengucapkan terima kasih kepada pengurusan Mid Valley Megamall kerana menjadi tuan rumah yang baik sepanjang suku jenama itu berada di sana.

Sumber