Pendakwah selebriti, Ustazah Asma’ Harun terpaksa menutup operasi kedai makannya yang terletak di Seremban apabila tidak mampu menanggung kerugian lebih RM30,000 setiap bulan.

Menerusi satu sesi live di TikTok baru-baru ini, Ustazah Asma’ berkata, pelbagai usaha telah dilakukan untuk menampung kerugian termasuklah membuat pinjaman, menjual aset-aset serta menggadaikan barang kemas.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Ujarnya, walaupun kedainya baru beroperasi kurang tiga bulan itu terletak di kawasan strategik, harga kos bahan mentah yang semakin meningkat memaksanya untuk membuat keputusan drastik demikian.

“Setiap bulan kita negatif RM30,000. Contohnya, lepas sebulan kita berniaga, akauntan beritahu ada RM2,000 je dalam akaun. Saya tanya semula ‘habis tu nak bayar gaji pekerja berapa perlu’.

“Akauntan pun beritahu bayar gaji pekerja nak dekat RM30,000. Bayar sewa pula kena cari lain. Kami buat macam mana, kami pinjam. Kami keluarkan simpanan ada, kami cairkan aset apa yang ada, semua kita jual.

“Barang kemas kita jual, simpanan kita keluarkan. Sampai bulan ini kami dah tiada apa-apa dah untuk kami tampung lagi. Ni bulan yang terakhir sebab kita nampak jualan masih sama,” katanya dengan nada sedih.

Tambah Ustazah Asma’ lagi, pihaknya tidak sanggup menaikkan harga makanan walaupun kos bahan mentah dan operasi semakin meningkat kerana tidak mahu membebankan para pelanggan.

“Kita nak naikkan harga kita tak sanggup padahalnya kos operasi untuk restoran lagi-lagi ada makanan laut sangatlah tinggi. Harga barang sebenarnya sangat mahal sekarang, semua mahal,” luahnya.

Susulan itu, Ustazah Asma’ mencari mana-mana individu yang sanggup membeli perniagaan dan kedainya bagi memastikan tempat tersebut terjaga rapi.

Luahnya, antara faktor dirinya tidak dapat fokuskan kepada perniagaan restorannya itu juga adalah kerana jadual dakwahnya yang sangat padat.

“Sayang sangat tempat ni semua hiasan saya beli sendiri. Jadi mana-mana hamba Allah yang macam berminat nak beli perniagaan, boleh hubungi saya. Tempat ni sangat strategik.

“Mungkin boleh jadi kesuntukan masa saya dengan dakwah-dakwah dan urusan yang begitu banyak saya tak mampu nak beri fokus kepada kedai makan ni.

“Mengundur bukan beerti mengalah. Kita bukan mengalah, tetapi terpaksa berhenti sekejap, bernafas supaya kita boleh berlari lagi,” katanya.

@ar_rayyanchannel

Sesiapa yang berminat untuk membeli Restoran Momen, sila hubungi Ustazah Asma Harun dengan segera..Tolong share kepada sahabat-sahabat yang lain #ustazahasmaharun

♬ شبل الإسلام – شبل الإسلام

Sementara itu, walaupun ramai yang bersimpati, ada yang mendakwa antara punca kedai itu tidak dapat beroperasi dengan jayanya susulan servis  dapur yang terlalu perlahan sehingga memakan masa selama 1 jam ke 2 jam untuk menyiapkan pesanan makanan pelanggan.

“Kami sudah datang untuk tempoh yang lama dan menunggu makanan siap hampir 2 jam… akhirnya kami membatalkan pesanan kerana sudah tidak sanggup menunggu lagi,” luah seorang pelanggan di Google Review.

“Servis lambat. Datang pukul 1, sampai 2.15 masih tak dapat lagi makanan, kongsi seorang pelanggan lain.

“Servis tersangat perlahan, tidak disyorkan datang ke sini” kata seorang pelanggan.

Selain servis dapur yang perlahan, mereka juga mendakwa makanan yang dihidangkan dalam keadaan sejuk. Malah, ramai juga terkejut tentang kewujudan kafe milik pendakwah selebriti itu kerana ketiadaan promosi secara meluas.

Sumber