Tahun ini para peniaga bazar Ramadan menarik nafas lega apabila harga sewa tapak sudah murah selepas Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menguruskan sepenuhnya permohonan lesen perniagaan dan penyelenggaraan bazar Ramadan.

Di sebalik berita gembira itu, ramai pengunjung bazar Ramadan mengeluh apabila mendapati harga jualan makanan masih lagi mahal seperti mana tahun-tahun terdahulu, ketika ada sewa tapak mencecah ribuan ringgit.

Baca Juga:

Pada masa sama ramai mengadu masih ada peniaga bazar yang menjual makanan ‘asal boleh’ pada harga yang tidak sepadan.

@drzalihamustafa

DBKL KENDALI BAZAR RAMADAN 2025, BERI PELUANG ADIL KEPADA PENIAGA Selepas mesyuarat di Parlimen, ambil kesempatan untuk singgah ke Bazar Ramadan Wangsa Maju, yang terkenal sebagai bazar terpanjang di Kuala Lumpur. Meriah! Dalam masa yang sama saya tinjau juga bagaimana pengurusan bazar ini dijalankan, memandangkan seperti semua tahu, pada tahun ini, pengurusan ini diurus sepenuhnya oleh DBKL tanpa melalui pihak ketiga. Kenapa kita buat keputusan ini? Pertama: Seperti yang selalu sebut, sebelum ini saya terima pelbagai aduan mengenai harga petak bazar Ramadan yang mencecah ribuan ringgit. Peniaga kecil terhimpit dan terpaksa menanggung beban kos yang tinggi. Pada tahun ini, DBKL hanya kenakan sewaan petak sebanyak RM500 sahaja termasuk cagaran. Jika peniaga mematuhi semua syarat dan peraturan, cagaran sebanyak RM200 akan dipulangkan. Maksudnya kos bersih hanyalah RM300 sahaja. Saya jumpa beberapa peniaga, borak dengan mereka. Ada yang kongsi rasa syukur, bahkan ada yang memberitahu bahawa mereka dah balik modal pun. Alhamdulillah! Antara kewajipan mereka sebelum diberikan lesen bazar ini, mereka diwajibkan mendapat suntikan typhoid bagi mengelakkan risiko penyebaran bakteria kepada pembeli. Kedua: Hasil risikan yang dilaksanakan, sebelum ini ada peniaga yang sewa petak bazar kendalian pihak ketiga lebih dari satu petak. Kemudian mereka ‘alibaba’kan petak tersebut dengan harga yang tinggi kepada orang tempatan yang memang nak meniaga pada bulan Ramadan. Yang menjadi mangsa adalah peniaga dan penjaja kecil setempat. Jadi, untuk tahun ini, DBKL berikan lesen bazar terus kepada peniaga, dan satu nama hanya boleh memohon satu petak sahaja. Dalam masa yang sama, penama lesen tersebut perlu berada di petak mereka pada setiap masa. Kalau DBKL buat pemantauan, dan didapati penama lesen tiada di tapak, kita akan ambil tindakan. Saya sempat tanya sikit pandangan pengunjung tadi. Rata-rata memuji pengurusan bazar tahun ini. Katanya lebih kemas. Harga jualan pun berpatutan. Saya bawa bersama pegawai KPDN tadi untuk pantau harga, dan Alhamdulillah, harga jualan berada dalam lingkungan yang wajar. Apa yang kita lakukan ini adalah untuk kebaikan semua pihak. Matlamatnya jelas, iaitu untuk memberi peluang yang adil kepada peniaga kecil dan mengelakkan dari manipulasi pihak-pihak tertentu serta dalam masa yang sama memastikan tata kelola yang baik diamalkan. Tahniah DBKL kerana merealisasikannya! #DrZ #WilayahPersekutuanKita #MalaysiaMADANI #MADANIBekerja FB : https://www.facebook.com/share/p/1BmtVyf9WX/?mibextid=wwXIfr X : https://x.com/drzalihamustafa/status/1896938367516119167?s=46&t=I2EmK_CrBk5stRVGWp0gZg

♬ original sound – Dr Zaliha Mustafa – Dr Zaliha Mustafa

Menurut warganet, apabila harga sewa tapak sudah murah, tetapi harga makanan masih terus mahal, ia merupakan masalah peniaga itu sendiri.

“Boikot saja pniaga yang naikkn harga makanan. Kuasa di tangan pembeli. Kurang permintaan, harga turun,”

“Sewa tapak RM500, Roti John harga paling murah RM9. Kalau sewa RM5,000 sewa tapak, tak tahulah berapa harga Roti John,”

“Jarang orang meniaga turunkan harga. Biasa naik atau harga kekal macam tahun lepas. Murtabak standard RM4. Tahun lepas jual RM6, tahun ini kekal RM6. Tidak akan turun ke RM4 semula,” – luah warganet.

Sehubungan itu netizen berharap agar pihak berkuasa dapat turun padang dan memantau gerai-gerai supaya tiada yang berani jual dengan harga tidak masuk akal.