Mesti ada daripada anda yang sudah teringin masakan di kedai tomyam, bukan? Akan tetapi, anda malas mahu berbuka di kedai makan kerana tidak mahu rushing.

Jika anda tercari-cari resipi sotong goreng tepung seperti di kedai tomyam, ikuti resipi ini yang dikongsikan oleh pengguna TikTok @ashdanwife yang pastinya tidak letup dan sedap.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Bahan-bahan yang diperlukan:

Sotong, telur dan tepung jenama Bestari atau Bon Chef.

@ashdanwife

Replying to @𝔸𝕝π•ͺ𝕒 π™šα‘£π­© Sangat senang hanya gaul sotong dengan telur & tepung Bon Chef yang viral tu πŸ”₯πŸ”₯ Yang penting pastikan minyak banyak dan betul panas masa goreng ☝🏻 #KongsiBersama #Ramadan

♬ I like you the most – 🎧✧

Cara untuk masak sotong goreng tepung:

1. Bersihkan sotong dan keringkan ia.

2. Kemudian, gaulkan bersama telur.

3. Selepas itu, gaulkan bersama tepung Bestari atau Bon Chef.

4. Panaskan minyak sehingga panas dan gorengkan ia sehingga kuning keemasan. Siap!

Perkongsian resipi tersebut telah meraih lebih 4 juta tontonan, lebih 200 ribu tanda suka dan lebih 100 ribu orang menyimpan resipi terbabit. Makan sotong goreng tepung bersama ikan siakap stim pun sedap. Selamat mencuba!