Korea merupakan antara destinasi pilihan rakyat Malaysia untuk melancong dan makanan Korea juga mendapat tempat di hati ramai rakyat Malaysia. Restoran makanan Korea juga tumbuh bak cendawan di Malaysia memudahkan untuk anda nikmati tanpa perlu ke Korea.

Apa kata anda buat sendiri hidangan terkenal iaitu Bibimbap dimana makanan ini sesuai untuk anda yang berdiet kerana seimbang ada vitamin dan protein. Ikuti perkongsian resipi Bibimbap pengguna Facebook Zurina Zulkefli yang sedap dan mudah disediakan ini. Ayuh kita mulakan!

Bahan-bahan untuk sayuran Bibimbap:

1 timun jepun, 1 lobak merah, cendawan shitake, bayam hijau, telur mata, daging ayam, lada hitam dan minyak bijan.

Cara-cara penyediaan sayuran Bibimbap:

1) Hiris bulat timun jepun dan goreng selama 2 minit.

2) Kemudian, hiris panjang lobak merah dan goreng selama 2 minit.

3) Rendam, hiris panjang cendawan dan goreng 2 minit.

4) Rebus bayam hijau dan toskan.

96099770_4390069207677265_3619124960426983424_n

5) Kemudian, goreng mata telur ayam.

6) Potong kecil daging ayam secara memanjang, gaul bersama lada hitam dan goreng.

7) Untuk mendapat aroma yang lebih, gunakan minyak bijan untuk goreng bahan di atas.

Cara penyediaan nasi Bibimbap:

96168208_4390069331010586_4213788836397842432_n

1) Gunakan beras sushi Jepun jenama Sumo. Sekiranya tiada boleh guna beras biasa dan pastikan nasi dimasak sedikit lembut.

2) Hancurkan kepingan rumpai laut ke atas nasi. Saya beli rumpai laut panggang berperisa BBQ di kedai RM2 atau 7-Eleven.

Resepi sos pedas manis:

Original menggunakan pes cili Korea Gochujang atau boleh guna sos pedas Adabi, tapi sekiranya tiada juga anda boleh ganti dengan menggunakan resipi di bawah ini.

1) 1 genggam cili kering – basuh bersih, potong kecil dan rendam dalam air panas, kemudian tos.

2)  2 labu bawang putih – buang kulit dan cuci bersih.

3) Campur 2 bahan di atas ke dalam pengisar.

4) Masukkan sedikit air suam, 4 sudu besar gula, 1 sudu besar garam, 1 sudu sos cili dan 2 sudu besar kicap.

96381222_4390070224343830_7771092866494889984_n

5) Kisar sehingga hancur.

6) Setelah dikisar, masak semula di dalam kuali sehingga kering air dan masukkan sesudu besar bancuhan tepung jagung. Kacau sehingga mendidih.

7) Akhir sekali, taburkan sedikit biji bijan. Sos merah siap.

Cara susunan Bibimbap:

1) Ratakan nasi bercampur rumpai laut di dalam mangkuk.

2) Letak telur mata ke atas nasi.

3) Susun sayuran dan ayam yang dimasak ke atas bahagian putih telur.

4) Jangan lupa letakkan 1 sudu besar sos pedas manis.

95820668_4390069574343895_1087901081339428864_n

95351080_4390069767677209_8265256242906136576_n

5) Sekiranya ada, boleh titiskan minyak bijan ke atas kuning telur. Taburkan biji bijan yang di sangai mengikut citarasa.

6) Bibimbap siap dan sedia dimakan.

95707648_4390069964343856_4866056611879190528_n

96409375_4390069087677277_832361724207169536_n

Lihat gambar sahaja sudah terliur dan pastinya anda yang selalu lihat bibimbap dalam drama Korea bolehlah cuba sendiri. Makan sambil lihat drama Korea, pasti lebih ‘feeling’.

Semoga perkongsian ini sedikit sebanyak bermanfaat untuk anda. Selamat mencuba!

Sementara itu, kami kongsikan beberapa resipi menarik yang anda boleh cuba sepanjang bulan Ramadan ini. Klik sahaja pautan di bawah ini.

Ini Resipi Mudah Lotus Cheese Cake Dijamin Sedap Tanpa Perlu Dibakar Yang Kini Jadi Kegilaan Netizen

Raih 4.9K ‘Shares’, Ini Resipi Jjajangmyeon Yang Sedap Untuk Dicuba Penggemar Makanan Korea

Resipi Mudah Lasagna Guna Roti Gardenia Yang Sedap Buat Penggemar Makanan ‘Western’