Setiap orang yang memiliki rumah sewa pasti mahu sedikit untung bagi meringankan komitmen bulanan.

Bagaimanapun lain pula kisah seorang pemilik rumah sewa ini. Dia amat terkejut selepas mendapati rumah yang disewakannya itu menjadi pusat operasi haram bitcoin.

Baca Juga:

Menurut TikTok @yoursoulskin, aktiviti perlombongan bitcoin haram itu diketahuinya selepas Tenaga Nasional Berhad (TNB) membuat serbuan ke atas rumahnya.

@yoursoulskin

Kisah aku dan PENYEWA DARI NERAKA!!! Jangan ingat boleh terlepas sebab ic, stamping, perjanjian sewa semua ada! #penyewadarineraka #fypシ゚viral #viralmanjung #behindthescenes

♬ suara asli – Penyair Emosian – Penyair Emosian

Dalam serbuan itu, difahamkan pihak TNB telah merampas pelbagai kelengkapan untuk membuat aktiviti haram tersebut.

“Semua TNB rampas, saya tak tahu apa. Saya tahu kes ini pun selepas jiran cakap rumah dah kena serbu,” jawab pemilik kepada netizen.

Menurutnya lagi, penyewa dari neraka itu telah lari dan block nombornya.

Oleh kerana bil elektrik atas namanya, dia terpaksa berhadapan dengan beberapa denda dan saman oleh pihak TNB.

“Ada agrement stamping siap, cuma tak tukar nama bil ke atas nama penyewa. Itu silapnya.

“TNB kata bil atas nama saya, jadi apa-apa saya kena dulu,” kata pemilik rumah berkenaan.

Apabila netizen bertanya adakah bil elektrik mencecah ribuan ringgit, dia menyatakan bil tidak melambung tinggi kerana pelombong bitcoin itu telah tarik kabel untuk mencuri elektrik.

Oleh kerana ini kali pertama dia membuat rumah sewa, pemilik rumah berasa sangat buntu dan rungsing. Pada masa sama mengganggap ia sebagai satu pengajaran bermakna.