Pelakon asal Singapura, Shah Iskandar akui dia lega kerana kini dia boleh memohon untuk mendapatkan taraf Pemastautin Tetap atau Permanent Residence (PR) di Malaysia.
Ianya ibarat impian menjadi kenyataan kata Shah Iskandar yang mencari rezeki di Malaysia sejak sekian lama.
Dengan adanya status PR itu nanti, urusannya untuk keluar masuk dan tinggal di Malaysia akan menjadi lebih mudah.
Lagipun menurut Shah Iskandar dia memasuki Malaysia buat pertama kali pada 15 tahun lalu. Dan aktif berulang alik dengan pas pemastautin (RP) selama 10 tahun lamanya.
Bercakap kepada OhBulan!, Shah Iskandar menegaskan bahawa dia sudah lama menyimpan hasrat untuk memiliki status PR di Malaysia. Namun prosedur permohonan sangat ketat.
Shah Iskandar lega dia akan dapat memohon status PR tanpa menggunakan ‘kabel’ namun melalui proses yang sah dan mengikut undang undang Malaysia.
“Selepas 10 tahun, tanpa menggunakan kabel atau apa-apa bantuan akhirnya tahun depan saya dah boleh mohon taraf PR mengikut prosedur yang sah.
“InsyaAllah, saya harap permohonan itu lulus memandangkan saya di Malaysia pun sudah masuk 15 tahun,” tegas Shah Iskandar.
Shah Iskandar menceritakan bahawa dia pada awalnya perlu melalui proses cop pasport dan prosedur lain untuk keluar masuk Malaysia.
Namun kemudiannya dia memiliki status ‘Resident Pass‘ atau RP.
“Dengan pas itu memang kita boleh keluar masuk Singapura Malaysia setiap lima tahun,” kata pelakon itu lagi.