Shah Rukh Khan baru-baru ini dilanda kontroversi apabila dia dituduh meludah pada upacara pembakaran mayat penyanyi legenda India, Lata Mangeshkar.
Dalam salah satu video yang disiarkan di Twitter, Shah Rukh Khan dan pengurusnya Pooja Dadlani dilihat menghadiri upacara pembakaran mayat Lata Mangeshkar yang berlangsung di Taman Shivaji, Mumbai, Ahad lalu. Semasa upacara itu, Shah Rukh dilihat mengangkat tangan sambil berdoa.
Bollywood actor Shah Rukh Khan spits on mortal remains of legendary Lata Mangeshkar ji.@PhogatFilms 😡😡😡😡😡😡😡 pic.twitter.com/1qftkW3bjU
— राहुल हिन्दू 🔱🚩 (@Rahulkush45) February 6, 2022
Pelakon itu kemudian meletakkan kalungan bunga dan menyentuh kaki Lata Mangeshkar sebagai penghormatan terakhir kepada penyanyi itu. Selepas berdoa, Shah Rukh dilihat seperti meniup sesuatu, ia adalah salah satu budaya bagi orang Islam di sana.
Hasil daripada tindakan itu, Shah Rukh Khan mendapat kritikan daripada netizen. Mereka mengecam bintang Bollywood itu kerana ‘meludah’ mendiang Lata Mangeshkar. Mereka menuduh pelakon itu bukan meniup udara tetapi ‘meludah’.
#FactCheck: No, Shah Rukh Khan did not spit while offering prayers for Lata Mangeshkar. Read the full story here: https://t.co/dWEc4qc1yD#ShahRukhKhan #LataMangeshkar @AFWACheck pic.twitter.com/IauXbs7ayy
— Dheeshma Puzhakkal (@dheeshmap) February 7, 2022
Salah seorang netizen menulis di laman Twitter miliknya bahawa Shah Rukh Khan tidak menghormati mendiang Lata Mangeshkar. Sebahagian yang lain pula mendakwa bahawa kelakuan Shah Rukh Khan di dorong oleh sifat orang Islam yang tidak menyukai agama lain.
Namun perkara ini lantas dinafikan oleh beberapa orang netizen. Apa yang dilakukan oleh Shah Rukh Khan adalah sebahagian daripada budaya orang Islam di India. Selepas selesai berdoa, kebanyakan orang Islam di sana akan menyapu muka mereka dan meniup udara.
Muslims usually blow air (फूंकना) after reciting a dua (prayer) but it seems RW can't understand the custom and take it otherwise needlessly trolling Shah Rukh Khan
And if it's about the spit, wonder why politicians spit on election campaigning pamphlets during distribution. pic.twitter.com/TNwfvPjAHo
— Uzair Rizvi (@RizviUzair) February 6, 2022
“Membaca doa dan meniup udara (seperti yang dilakukan Shah Rukh Khan) adalah praktik Islam tradisional yang dilakukan setelah penguburan orang meninggal dan agar jiwa [mendiang] tenang di sana,” kata Mohammad Imtiaz, seorang muslim di India.
Selain itu, Ahli Parlimen India turut mempertahankan Shah Rukh Khan sambil mengecam tindakan sebahagian netizen yang menuduh pelakon itu tidak menghormati mendiang .”Ada orang berpolitik atas nama agama walaupun atas insiden sedih kematian Lata. Kita semua tahu siapa mereka ini. Tiada apa yang perlu diceritakan,” kata ahli parlimen Sanjay Raut.
Shah Rukh Khan tolak kemungkinan hasilkan siri ‘Money Heist’ versi Bollywood. Untuk bacaan lanjut, klik pautan di bawah.
Shah Rukh Khan Tolak Kemungkinan Hasilkan Siri ‘Money Heist’ Versi Bollywood
Tular Wajah ‘Mirip’ Shah Rukh Khan, Lelaki Ini Tampil Cerita Kisah Sebenar