Filem Jawan yang dibintangi oleh pelakon terkemuka, Shah Rukh Khan kini menjadi bualan hangat di seluruh dunia. Selain mendominasi carta di India, nampaknya peminat tempatan turut tidak melepaskan peluang untuk menonton filem terbaharunya.
Menerusi akaun rasmi Shah Rukh Khan sendiri di platform X, beliau mengucapkan terima kasih kepada semua penyokong filem Jawan di Malaysia.

Baca Juga:
- Bintang Filem Hong Kong Akui ‘Suka’ Dengan Kesesakan Jalan Di Kuala Lumpur
- Berdasarkan Kisah Benar, Filem Malbatt Raih RM4.5 Juta Dalam Masa Dua Hari
- Filem Pulau Muncul Sebagai Karya Malaysia Dengan Kutipan Tertinggi Di Kemboja
Thank u… my love to everyone who enjoyed the film in Malaysia!! https://t.co/ryuBMbM1k7
— Shah Rukh Khan (@iamsrk) October 2, 2023
Kenyataan ini dibuat selepas beliau memberi respon kepada satu ciapan warga tempatan yang mendedahkan sudah menonton filem Jawan sebanyak empat kali dan ruangan pawagam sudah hampir penuh meskipun sudah lewat malam.
Untuk makluman, filem Jawan akan menjadi filem kedua lakonan Shah Rukh Khan dalam tahun 2023 setelah beliau membintangi filem bertajuk Pathaan yang telah ditayang pada Januari lalu.
Filem ini sudah pasti dipenuhi dengan pelbagai aksi gempak dan babak mencemaskan buat para penontonnya. Anda boleh tonton video trailer Jawan untuk melihat serba sedikit babak filem Jawan yang ditayangkan di pawagam ketika ini.