Artis yang kerap terlibat kontroversi, Sharifah Sakinah sekali lagi mencipta satu lagi cerita sensasi, apabila dia menari bersama seekor anjing.

Dalam video yang dimuat naik oleh Sakinah menerusi Instagram Story miliknya, pelakon berusia 35 tahun itu dilihat mendukung seekor anjing.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Perbuatan itu dianggap tidak sensitif memandangkan Sharifah Sakinah merupakan seorang wanita beragama Islam. Sakinah malah dilihat sangat seronok melakukan perbuatan tersebut.

Menurut laporan lain, video itu diambil ketika Sakinah bercuti di sebuah pulau peranginan terkemuka di Bali, Indonesia.

@ohbulanofficial

Sharifah Sakinah memuat naik video bersama seekor haiwan dipercayai anjing 👀 #ohbulan #sembangentertainment #sharifahsakinah #pegang #anjing

♬ Dj Dom Tit Tit Tit Remix – Zahra Phit Macela

Tindakan Sakinah itu membuatkan ramai netizen mengecamnya. Ada yang mempersoalkan sama ada Sakinah memang tak tahu tentang halal haram atau memang sengaja mencari publisiti murahan?

Sakinah kemudian meminta maaf di atas perbuatannya. Bercakap kepada Harian Metro, artis itu menyatakan bahawa dia tidak tahan melihat anak anjing tersebut yang terlalu comel.

Lalu dia secara spontan telah mendukung dan menari bersama anak anjing tersebut.

Walaubagaimanapun Sharifah Sakinah menyatakan dia masih menjaga batas dengan tidak mencium anjing tersebut.

Lantas dia meminta maaf kepada semua di atas perbuatannya. Dan berjanji akan lebih berhati hati dalam kelakuannya di masa akan datang.

Sakinah berkata: “Jadi di sini, saya ingin memohon maaf atas tindakan yang dilakukan. Saya akan lebih berhati hati.”

Sharifah Sakinah menerima teguran dengan hati yang terbuka dan enggan mengulas lebih lanjut kerana tidak mahu mengeruhkan lagi keadaan.