Penyanyi legenda Shima telah mengejutkan ramai peminat apabila dia tampil dengan imej tidak bertudung ketika berinteraksi dengan peminatnya di media sosial.
Penyanyi itu kemudian menjelaskan bahawa dia bukannya suka suka buka tudung, tetapi dia ada alasan tersendiri untuk berbuat demikian.
Menurut Shima dia terpaksa menanggalkan tudung atas faktor kesihatan dan kerana nasihat doktor.
Dipetik dari lama Xtra, Shima menjelaskan: “Ini kerana faktor kesihatan sebab saya selalu terkena migrain. Saya tidak boleh kena panas, nanti sakit itu menyerang.
“Bahagian leher pula selalu naik ruam panas. Letak ubat pun lambat nak sembuh. Saya sensitif dengan panas dan sangat alergik. Sakit ini akan menyerang.
“Suami pun tahu perkara ini. Bukan suka-suka saya buka. Saya pun dah tiga tahun tak bertudung kerana masalah penyakit ini.
“Saya biasa sahaja cuma saya tak muncul di media sosial. Itu sahaja,” tegas Shima.
Dia menyatakan dia sudah lali dengan kecaman, jika ada yang mahu mengecamnya.
Sebelum ini Harian Metro pernah melaporkan bahawa keadaan kesihatan Shima agak kurang baik. Di mana dia pernah datang ke hospital tanpa membawa wang yang cukup.
Namun Shima menyatakan bahawa penyakit bronkitis yang dia alami semakin membaik.