Ketua jurulatih Indonesia, Shin Tae-yong terus menjadi sasaran kritikan selepas pasukan itu tewas kepada Jepun dalam saingan kumpulan C kelayakan Piala Dunia 2026.

Skuad Garuda gagal memberikan cabaran kepada Samurai Blue dimana pasukan itu mudah mencatat kemenangan 4-0 ke atas wakil dari Asia Tenggara itu.

Baca Juga:

Kritikan yang diberikan kepada Tae-yong kali ini dianggap sedikit keras selepas Indonesia tewas dalam dua perlawanan kelayakan secara berturut-turut.

Hashtag #STYOut digunakan oleh peminat di laman media sosial yang mahu jurulatih kelahiran Korea itu berundur dimana mereka merasakan dua kekalahan yang dialami telah menjejaskan peluang untuk layak ke Piala Dunia 2026.

Sekiranya tekanan terus diberikan terhadap Shin Tae-yong, tidak mustahil pengendali itu mengikut jejak langkah seorang lagi jurulatih dari Korea iaitu Kim Pan-gon.

Pan-gon meninggalkan skuad Harimau Malaya ketika pasukan Malaysia berada dalam prestasi yang baik dan kedudukan dari segi ranking FIFA turut meningkat.

Pan-gon enggan berkongsi dengan lebih lanjut mengenai sebab utama beliau meletak jawatan namun ramai yang percaya tekanan dari luar yang diberikan terhadapnya menjadi punca utama beliau meletak jawatan.

Meskipun dihujani kritikam hebat, Tae-yong kekal tenang dimana beliau faham dengan betapa fanatiknya peminat Indonesia dan kritikan adalah perkara biasa apabila pasukan bimbingannya tewas.

“Sudah pasti ada tekanan kerana ada perhatian besar dari semua pihak untuk bola sepak Indonesia.

“Berada di posisi ini, saya tidak boleh mendengar kata-kata manis atau pujian sahaja. Ketika tidak mendapat keputusan yang kita harapkan, peminat akan mengkritik dan ini boleh membantu kami untuk mengenal pasti masalah yang ada.

“Tapi inilah bola sepak. Anda tidak boleh membuat perubahan dalam jangka masa pendek. Saya harap peminat terus memberikan sokongan terhadap kami,” katanya.