Ketua jurulatih Indonesia, Shin Tae-yong tida dapat menyembunyikan amarah beliau terhadap pengadil selepas pasukannya tewas pada aksi pembukaan kumpulan A menentang Qatar dalam saingan AFC B-23 Tahun semalam.
Indonesia tewas dengan keputusan 2-0 dan dua pemain mereka iaitu Ivar Jenner dan Ramadhan Sananta dilayangkan kad merah dalam perlawanan tersebut.
Baca Juga:
- Semua Perlawanan AFC B-23 Tahun Akan Gunakan VAR
- Shin Tae-yong Berminat Kembali Jadi Ketua Jurulatih Korea Selatan
- Penjaga Gol Inter Milan Semakin Hampir Perkuat Indonesia
Dalam sidang media selepas perlawanan, Tae-yong secara lantang mengkritik pengadil, Nasrullo Kabirov dan penjaga teknologiVideo Assistant Referee (VAR), Sivakorn Pu-Udom yang mana menurut beliau merugikan Indonesia.
Kartu kuning pertama masih bisa diperdebatkan. Ivar ga ada intensi mencederai.
Yg kedua, Ivar jg berusaha menghindari. Kontaknya minim.
PSSI layangkan protes ke AFC. Semoga kartu merah Ivar dianulir dan dia bisa main di match kedua. pic.twitter.com/60LHU4YbNJ
— Football Fandom (@FandomID_) April 16, 2024
“Tahniah kepada Qatar. Pemain saya memberikan segalanya untuk menampilkan persembahan yang baik, memandangkan kami kurang jumlah pemain di atas padang dan mereka tidak mudah berputus asa.
“Bagaimanapun, banyak keputusan pengadil sepanjang perlawanan, jika anda lihat, ia bukan perlawanan bola sepak, ia adalah pertunjukan komedi dan sangat keterlaluan,” katanya.
“Saya tidak boleh berkata apa-apa tentang pemain yang menerima kad merah, saya buntu. Bola sepak tidak sepatutnya dimainkan seperti ini.
“Untuk kad merah pertama kami, langsung tidak ada sebarang sentuhan yang dilakukan. Mengapa mereka menggunakan VAR dalam situasi seperti ini?,” tambahnya.
Qatar mendahului pada separuh masa pertama dengan Khalid Ali Sabah menjaringkan gol menerusi sepakan penalti yang dihadiahkan pengadil atas kesalahan yang dilakukan oleh Rizky Ridho terhadap Mahdi Salem.
Pada mulanya, pengadil menghadiahkan sepakan percuma kepada Indonesia, tetapi selepas melihat VAR, beliau memutuskan untuk memihak kepada Qatar sehingga menyebabkan bantahan daripada pemain Indonesia. Sabah tenang menyempurnakan sepakan penalti, menewaskan penjaga gol Ernando.
Pada separuh masa kedua, Qatar menambah jaringan menerusi sepakan percuma yang diambil Ahmed Al-Rawi. Shin Tae-yong turut menerima kad kuning semasa perlawanan kerana membantah keputusan pengadil.