Shinji Nakano meminta maaf kepada rakyat Malaysia di atas kesilapannya yang membuatkan Shah Firdaus kehilangan pingat gangsa.
Dalam acara keirin final di Paris 2024, Shah Firdaus berada di kedudukan terbaik untuk gangsa, sebelum pelumba Jepun itu menolaknya dan terjatuh.
Shah Firdaus mengalami kecederaan ringan dalam insiden itu. Selain Shah Firdaus dan Nakano, seorang lagi pelumba yang menjadi mangsa kemalangan adalah pelumba Britain, Jack Carlin.
Perkara itu membuatkan ramai netizen Malaysia menghentam Shinji Nakano dengan kata kata kesat di Instagram pelumba itu.
Shinji Nakano paling terkesan dengan cacian yang melibatkan keluarganya. Dia merayu agar netizen Malaysia tidak mengutuk keluarganya, dan biarlah dia sahaja yang menerima kecaman itu.
Shinji Nakano akui kesilapannya dan meminta maaf.
Dia berkata: “Saya meminta maaf kepada semua rakyat Malaysia atas kesilapan saya.
“Tolong jangan babitkan nama keluarga saya. Saya harus bertanggungjawab dan tolong jangan libatkan keluarga saya,” tegas Nakano lagi.
Semalam adik kepada Shah Firdaus, Ridwan Sahrom kecewa dengan sikap segelintir netizen Malaysia yang menyerang Shinji Nakano di media sosial.
Ridwan Sahrom yang juga pelumba basikal trek profesional menyatakan bahawa adalah tidak adil untuk mengutuk pelumba yang terlibat di dalam kemalangan.
Dipetik dari laman Stadium Astro, Ridwan Sahrom berkata: “Kepada semua peminat sukan Malaysia, tolong jangan serang negara lain berkaitan kemalangan dalam final keirin Sukan Olimpik melibatkan Shah dan pelumba Jepun.
“Dalam perlumbaan keirin, segalanya boleh berlaku, kita tidak boleh menyalahkan atau menghakimi apa yang berlaku, sama ada ia satu kemalangan atau tidak.
“Tolong kekal tenang dan tidak menyerang/komen yang buruk di media sosial pelumba Jepun itu.”
Ridwan Sahrom sendiri berasa sangat sedih dan menitiskan air matanya melihat pengakhiran yang menyayat hati melibatkan abangnya dalam acara keirin Olimpik 2024 kali ini.
Pelumba berbasikal negara, Muhammad Ridwan Sahrom adik kepada Shah Firdaus, gagal menahan sebak melihat pengakhiran kurang sempurna abangnya di pentas Olimpik kali ini.
‘Saya tahu apa yang dia mahukan di Paris, sayangnya ia tidak berlaku …’@ASTROARENA pic.twitter.com/wKIeeWDW7U
— FinaNasrom (@fnasrom) August 11, 2024
Dengan ini bermakna berakhirnya harapan emas Malaysia di Paris 2024. Dan fokus selepas ini adalah LA2028. Persiapan rapi harus dilakukan untuk memastikan penantian emas untuk Malaysia berakhir.