ShopeePay merupakan satu e-dompet yang direka khas untuk memudahkan pengguna Shopee membuat pembayaran secara cashless di merata tempat. Selain itu, ShopeePay juga boleh ditambah nilai dan juga memindahkan wang ke dalam akaun.

Kini pengendali eWallet ShopeePay telah memperkenalkan konsep baki boleh pindah dan tidak boleh pindah pada dompet digital mereka. Tindakan ini dibuat atas dasar ingin mengekang praktis mengeluarkan tunai daripada tambah nilai menerusi kad kredit.

HYPE
Dari Konten Ke Jualan, TikTok Shop ‘Game Changer’ E-Dagang
Baca lagi →

Baca Juga:

Menurut ShopeePay, sebarang tambah nilai menggunakan kad kredit akan dimasukkan ke dalam baki berkategori tidak boleh pindah. Ini bermakna ia tidak boleh dipindah masuk ke akaun simpanan bank dan sebaliknya hanya boleh digunakan untuk transaksi pembayaran dalam dan luar talian sahaja.

Sementara tambah nilai ShopeePay selain daripada saluran kad kredit pula dimasukkan ke dalam kategori baki boleh pindah. Seperti namanya, baki dalam kategori ini boleh dipindah ke akaun simpanan bank seperti biasa.

Selain Shopee, beberapa penyedia e-dompet turut berbuat perkara seumpamanya seperti TNG eWallet yang mengehadkan pemindahan dana hasil tambah nilai kad kredit sebanyak RM1,000 ke akaun peribadi dan BigPay juga mengenakan fi 1% untuk setiap tambah nilai menggunakan kad kredit.

Sumber