ShopeePay merupakan sebuah dompet digital yang sedia digunakan oleh majoriti rakyat Malaysia untuk membuat pembayaran secara dalam talian menerusinya. Selain menyimpan sejumlah wang untuk pembelian, selepas ini anda mungkin sukar untuk mengeluarkan wang ke akaun bank peribadi.
Terbaharu, Shopee telah mengeluarkan notis peringatan kepada orang ramai berkenaan akan menamatkan ciri mengeluarkan duit dari ShopeePay terus ke akaun bank pengguna. Perubahan ini bakal berkuat kuasa bermula 14 Oktober 2022 kelak.
Baca Juga:
- Anda Selalu Boros? Ini Tip Berbelanja Khas Untuk Kaki Shopping
- 5 Tip Penting Yang Anak Muda Perlu Tahu Sebelum Beli Rumah Pertama
- Jangan Ulang 5 Kesilapan Kewangan Orang Malaysia Selalu Buat
Menerusi FAQ yang dikongsikan oleh Shopee, tindak sedemikian perlu dibuat atas dasar keselamatan pengguna untuk mengelakkan transaksi ke akaun yang tidak disahkan. Sebagai alternatif yang diberikan, pengguna boleh menggunakan ciri DuitNow Transfer pada ShopeeePay untuk menguruskan sebarang urusan pemindahan wang.
Untuk makluman anda, DuitNow ialah sebuah platform yang dikendalikan oleh PayNet iaitu syarikat di bawah BNM. DuitNow kini membenarkan pengguna menerima wang hanya berkongsi nombor telefon, Mykad dan juga kod QR.