Syarikat Bubblebee Sdn Bhd yang dimiliki oleh Shuib Sepahtu atau nama sebenarnya Shahmira Muhamad bersama dengan Kok Choon Guan, telah didakwa di Mahkamah Sesyen atas 18 pertuduhan gagal membayar cukai perkhidmatan termasuk penalti berjumlah RM1.6 juta kepada Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM), sepanjang tahun lalu.
Pelawak terkenal, Shuib, dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini, hari ini, atas enam pertuduhan gagal membayar cukai perkhidmatan termasuk penalti berjumlah RM1.6 juta, tahun lalu.
berita penuh: https://t.co/D1mQoRofon pic.twitter.com/5WQuWtPRwj
— Berita Harian (@bharianmy) November 14, 2024
Shuib yang merupakan pengarah bersama Bubblebee Sdn Bhd, dengan seorang lagi pengarah iaitu Kok Chonn Guan selaku orangg kena saman atau OKS mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan ke atasya.
Menurut laporan Sinar Harian kedua dua dua tertuduh berdepan dengan 6 pertuduhan setiap seorang. Di mana mereka didakwa gagal membayar cukai dari 1 Januari sehingga 1 November 2023.
OKS didakwa mengikut Seksyen 26(4) akta sama. Di mana OKS didakwa melakukan kesalahan di Bahagian Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST), Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM), Cawangan Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, Subang (LTSAAS) di sini antara 1 April 2023 dan 1 Februari 2024.
OKS turut didakwa melanggar Seksyen 26(8) akta tersebut. Yang membuatkan OKS berdepan hukuman denda RM50,000 atau penjara selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya sekali.
Sementara untuk kesalahan di bawah seksyen 26(10) Akta Cukai Perkhidmatan 2018 serta Seksyen 69(1) akta sama, Shuib dan rakannya itu turut dikehendaki membayar penalti berjumlah RM453,969.42, jika sabit kesalahan.
Ketika prosiding, pegawai pendakwa mencadangkan agar setiap OKS diberikan ikat jamin sebanyak RM2,500 bagi setiap pertuduhan. Hal ini kerana tunggakan cukai yang tidak dilangsaikan sangat tinggi mencecah jutaan ringgit.
Namun peguam yang mewakili OKS tidak bersetuju kerana anak guamannya telah memberikan kerjasama kepada pihak berkuasa sepanjang siasatan dilakukan.
Mahkamah akhirnya membenarkan OKS diikat jamin sebanyak RM4,000 untuk kesemua pertuduhan.
Sebutan semula untuk kes ini ditetapkan pada 18 Disember 2024 yang akan datang.
Beberapa hari lalu syarikat Bubblebee, Shuib dan Koh didenda RM17,500 oleh Mahkamah Majistret Shah Alam di atas tujuh pertuduhan termasuk tunggakan caruman Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) tahun lalu.
Shuib dan Koh mengaku bersalah di atas semua pertuduhan ke atas mereka.