Shuib mahu menyaman netizen yang menurutnya telah melampaui batas dalam berkomentar dan berbaur fitnah ke atasnya.
Syarikat Shuib, Bubblebee terpalit dengan isu berkaitan PERKESO dan kemudian isu melibatkan tunggakan cukai bernilai sekitar RM1.6 juta – termasuk penalti.
Namun Shuib sangat kecewa dengan tindakan seorang netizen yang menyebarkan kenyataan berbaur fitnah dan boleh membuatkan syarikatnya mengalami kerugian mencecah jutaan ringgit.
Dipetik daripada laman mStar, Shuib menyatakan dia sudah mengenalpasti seorang pengguna TikTok yang menfitnah syarikatnya, Bubblebee.
Shuib berkata: “Saya ada terbaca satu kenyataan dikeluarkan di TikTok, dan ianya melampaui batas.
“Sebab kalau nak bercerita tentang sesuatu produk dan pengasasnya, kenalah fikir apa kesan kepada orang tersebut.
“Jika kesannya tidak baik dan mengakibatkan kerugian, maka saya kena ambil tindakan kerana ianya tidak adil untuk saya dan syarikat saya.”
Shuib menyatakan bahawa kenyataan individu itu sebagai tidak berasas. Oleh itu dia akan mengambil tindakan perundangan untuk memberikan pengajaran.
Shuib melanjutkan: “Perniagaan kami besar, bisnes yang melibatkan jutaan ringgit. Jika individu tersebut boleh menyebabkan kerugian berjuta ringgit kepada kami, saya rasa dia perlu diberikan pengajaran.
Shuib menambah dia sudah terbiasa berdepan dengan netizen seperti ini. Di mana biasanya mereka ini hanya akan tertunduk malu bersemuka dengannya hanya kerana mereka sedar mereka telah melakukan kesilapan.
Di mana orang seperti ini yang akan diheret ke mahkamah dan akhirnya bercakap terketar ketar dan tertunduk malu, tambah Shuib lagi.
Shuib mahu mengambil tindakan tegas agar individu tersebut tidak rasa bahawa dia paling bijak dalam mengeluarkan kenyataan.