Sebut mengenai nama Shuk Sahar pasti ramai yang mengenalinya. Berjaya muncul sebagai pelawak, pelakon, pengacara dan juga penyampai radio secara tidak langsung membuktikan bakatnya.

Selain itu, Shuk Sahar juga turut terpalit dengan pelbagai kontroversi melibatkan tingkah laku beliau dan juga isu rumah tangga yang tular.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Dalam pada itu, bersempena dengan isu Tyzo yang hangat dibincangkan, Shuk Sahar menerusi podcast @okletsgo.sg turut mendedahkan sebuah ‘rahsia’ yang berlaku sewaktu beliau menjadi penyampai radio di sebuah stesen radio popular.

Sumber: The Star

Menurut Shuk, beliau pada mulanya ditugaskan untuk menjadi penyampai radio bagi segmen hujung minggu. Semuanya berjalan lancar sehinggalah beliau ditugaskan untuk menjadi penyampai radio pada pagi hari raya pertama.

Memikirkan dirinya yang mahu beraya bersama keluarga di Pulau Pinang serta terpaksa bekerja pada waktu yang sama, Shuk maklumkan tampil dengan sebuah ‘idea’ di mana beliau hadir ke konti malam sebelumnya serta merakamkan segmen pagi hari raya untuk dimainkan keesokan harinya.

“Aku suruh kawan-kawan aku jadi caller dan aku pesan suara kena bagi cergas. Padahal masa tu tengah malam” dedah Shuk mengenai segmen yang sepatutnya dijalankan secara live.

Walau bagaimanapun, segalanya berubah apabila Shuk menerima panggilan daripada boss beliau pada jam 6.30 pagi yang mahu perubahan lagu dibuat di konti sedangkan pada ketika itu beliau sudah mahu tiba di Pulau Pinang.

“So masa dia cakap tu saya maklum kepada boss, saya dah nak sampai Penang” jawab Shuk terhadap permintaan yang dibuat boss beliau.

Shuk maklumkan selepas sahaja beliau mengaku mengenai tindakannya, beliau telah dimarah dengan teruk oleh pengurus radio beliau.

Lebih menyayat hati, pengurus radio beliau turut memesan untuk hadir pada minggu hadapan bagi mengambil surat pemecatan daripada stesen radio tersebut.

“Hari Raya pertama aku, tak ada job bro” kongsi Shuk sambil ketawa mengenangkan tindakannya yang memakan diri.

@okletsgo.sg

Kenapa Tyzo dibuang Suria FM dan kisah Shuk dibuang Era FM DENGAR FULL PODCAST DI SPOTIFY ➡️ OKLETSGO #okletsgosg #fypsg #viralsg #fyp #fypmalaysia #viralmalaysia #shuksahar #suriafm #erafm #radio #podcast

♬ original sound – OKLETSGO – OKLETSGO

Perkongsian sini daripada Shuk Sahar telah membuatkan para netizen terhibur serta tidak menyangka beliau sanggup melakukan perkara tersebut semata-mata untuk dapat beraya di Pulau Pinang.

Shuk Sahar juga sebelum ini turut mendedahkan pengalaman perit yang dilalui beliau sewaktu dikecam hebat oleh rakyat Malaysia suatu ketika dahulu.

Sumber