Walau secermat mana pun kita, kadang-kadang pasti akan mengalami situasi barang hilang secara tidak sengaja. Tambah pula barang tersebut bernilai tinggi atau pemberian seseorang yang istimewa sememangnya buat anda tidak keruan.

Sampai satu tahap kita mungkin akan meredhakan sahaja kerana sudah berputus asa untuk mencari lagi.

Namun begitu, tular sebuah ciapan di platform X baru-baru ini apabila seorang individu menawarkan servis mencari barang yang hilang dari jarak jauh menerusi telefon pintar sahaja.

Menerusi tangkap layar perbualan di WhatsApp itu, kelihatan seseorang bertanya kepada individu berkenaan sama ada dia boleh tolong carikan jamnya yang sudah seminggu hilang.

Barang hilang
Sumber Gambar: TikTok Kuyusaiman

Individu tersebut berkata dia boleh tolong carikan tetapi hanya 50%-75% saja cariannya itu tepat. Malah, dia mengenakan caj mahar sebanyak RM30 sebelum memulakan proses pencarian jam itu.

Sumber Gambar: TikTok Kuyusaiman

Apa yang mengejutkan, jam yang hilang itu akhirnya dijumpai di longgokan kain yang berlipat seperti apa yang dikatakannya.

@kuyusaiman

Menerusi carian kami, individu bernama kuyusaiman ini mendakwa dia memiliki keramat yang mana hanya ada pada insan terpilih sahaja.

Malah, dia turut berkongsi beberapa review daripada pelanggan yang pernah menggunakan servis carian barang hilang tersebut.

Susulan tular perkongsian ciapan terbabit, semakin ramai netizen yang berminat mendapatkan servis carian barangan oleh lelaki bernama kuyusaiman itu.

Adakah anda turut berminat mendapatkan servis lelaki ini untuk mencari barangan hilang secara jarak jauh seperti ini?