Menjadi perkara biasa buat kita untuk merakam video atau menangkap gambar apabila menemui pemandangan cantik kerana mahu dijadikan sebagai kenangan.

Tular di platform TikTok berkenaan video orang awam dirakam menikmati sebuah pemandangan yang cukup menakjubkan iaitu pelangi yang kelihatan sangat jelas di laluan Bentong Bypass baru-baru ini.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

@roslianaazman

Cantik sangat sangat pelangi #fyppppppppppppppppppppppp

♬ suara asli – adiit – adiit

Lebih menarik perhatian, majoriti pemandu sanggup memberhentikan kenderaan di sisi jalan untuk mengambil gambar dan video pada ketika itu. Manakan tidak, pelangi itu kelihatan sangat jelas dengan warna yang cukup vibran. Ini pengalaman mungkin seumur  hidup sekali sahaja untuk menemuinya kerana ada yang mendakwa ia sebagai hujung pelangi.

Dikatakan orang tua dahulu mendakwa terdapat harta dan emas, dan juga alam misteri di hujung pelangi kerana amatlah mustahil untuk seseorang itu menjumpai hujung pelangi.

@nrlizzatihisni

Pelangi selepas hujan #bentong #mempaga #fyp

♬ 나타나 – KIM BUM SOO

Apa yang menarik di video lain pula, anda boleh lihat kehadiran pelangi yang kedua tetapi sedikit pudar berbanding yang satu lagi jauh lebih vibran dan jelas.

Tidak hanya di video, malahan majoriti netizen juga meluahkan rasa keterujaan melihat fenomena pelangi yang terjadi di lokasi tersebut.

Sumber Gambar: TikTok @roslianaazman
Sumber Gambar: TikTok @roslianaazman

Ada yang berkongsi bahawa lokasi itu memang selalu boleh dilihat kewujudan pelangi itu namun tidak secantik itu pada setiap masa. Mereka berkata anda perlu melalui sekitar jam 6 petang dan ke atas untuk melihat sendiri fenomena pelangi itu.