Imane Khelif, petinju wanita Algeria yang kini tular di media sosial, mencuri perhatian ramai setelah kalahkan lawannya dalam masa 46 saat semasa pertandingan tinju wanita di Olimpik Paris pada 1 Ogos 2024.
Namun, kemenangannya diselubungi kontroversi kerana dia didakwa mempunyai biologis lelaki.
Beliau yang berumur 25 tahun adalah seorang petinju amatur dari Algeria yang lahir pada 2 Mei 1999 dan berasal dari Tiaret, sebuah perkampungan di barat laut Algeria, lapor Sport Now.
Beliau pernah mewakili Algeria dalam Olimpik Tokyo 2020 dan Paris 2024.
Semasa beliau masih sekolah, dia terpaksa ke kampung sebelah untuk menghadiri sesi latihan dan menjual besi tua untuk membayar tiket bas.
Ayahnya juga difahamkan tidak pernah bersetuju beliau menyertai tinju kerana sukan itu bukan untuk anak perempuan.
Imane Khelif memulakan kariernya dalam Kejuaraan Tinju Wanita Dunia AIBA 2018 di New Delhi, di mana dia tersingkir di peringkat pertama dan berada di peringkat ke-17.
Pada tahun 2019, beliau mewakili Algeria dalam Kejuaraan Tinju Dunia Wanita AIBA di Rusia dan menduduki peringkat ke-33 setelah dikalahkan oleh Natalia Shadrina di ronde pertama.
Di Olimpik Musim Panas 2020 di Tokyo, Khelif mewakili Algeria dalam kelas ringan tetapi dikalahkan oleh Kellie Harrington dari Irlandia separuh akhir.
Pada Kejuaraan Tinju Dunia Wanita IBA 2022, Khelif menjadi petinju wanita Algeria pertama yang mencapai final setelah mengalahkan Chelsey Heijnen dari Belanda.
Namun, dia dikalahkan oleh Amy Broadhurst dari Irland di final.
Pada Mac 2023, penyertaan Khelif dibatalkan sebelum pertarungan pingat emas di Kejuaraan Tinju Dunia Wanita IBA 2023 kerana gagal memenuhi kriteria kelayakan.
Dilaporkan bahawa penyertaan beliau terbatal disebabkan oleh kadar testosteron yang tinggi.
Ujian DNA menunjukkan bahawa Khelif memiliki kromosom XY, yang menyebabkan beliau dikeluarkan daripada acara sukan tersebut.
Bagaimanapun, Forbes melaporkan bahawa Jawatankuasa Olimpik telah mengesahkan bahawa Khelif bukanlah transgender tetapi memiliki kelainan perkembangan seks (DSD), yang menyebabkan beberapa wanita memiliki kromosom XY dan kadar testosteron yang tinggi.
Di Algeria, identiti transgender dilarang, dan perubahan jenis kelamin pada dokumen identiti diri untuk beralih ke jenis kelamin lain tidak dibenarkan.
Pada tahun 2024, Komite Olimpiade Internasional (IOC) membenarkan Khelif untuk menyertai Olimpik Paris 2024 setelah beliau mematuhi semua syarat dan peraturan yang diperlukan.
Nama Imane Khelif muncul semula minggu ini selepas menewaskan Angela Carini dari Itali dalam masa 46 saat pada Sukan Olimpik Paris 2024.
Reem Alsalem, pegawai khas PBB dalam hal keganasan terhadap wanita dan kanak-kanak perempuan menulis di laman X mengenai perlawanan itu, “Angela Carini mengikut nalurinya dan mengutamakan keselamatan fizikalnya, tetapi dia dan atlet wanita lain tidak sepatutnya dikenakan keganasan fizikal dan psikologi ini berdasarkan jantina mereka.”
Selepas menentang Carini, Imane Khelif dijadualkan menentang Luca Hámori dari Hungary pada suku akhir Tinju Olimpik Paris 2024 dalam Kelas 66 kg Wanita pada 3 Ogos 2024.