Perlawanan kedua peringkat kumpulan AFC Champions League (ACL Elite) 2026/27: Pohang Steelers lawan Johor Darul Ta’zim (JDT) [13 Oktober 2026, 6:00 petang]
Para peminat bola sepak tempatan kini boleh menyaksikan siaran langsung saingan elit bola sepak Asia melibatkan wakil tunggal negara iaitu JDT di Korea Selatan.
Perlawanan Kedua ACL Elite 2026/27
Pohang Steelers lawan Johor Darul Ta’zim (JDT)
Sepak mula: 6:00 petang, 13 Oktober 2026 (Selasa)
Tempat: Pohang Steel Yard, Korea Selatan
Link Siaran Langsung: Astro Arena Bola 803, Youtube AFC Hub (Akses VPN)
Astro Arena merupakan satu-satunya stesen televisyen tempatan yang mendapat hak penyiaran pertandingan AFC seperti ACL Elite 2026/27.
Jika tidak menyaksikannya di kaca televisyen, anda perlu memiliki aplikasi Astro Go atau langganan Sooka untuk menonton perlawanan menarik ini secara ‘Live Streaming’.
JDT Buru Kemenangan Sulung ACL Elite 2026/27
Selepas mencatatkan keputusan seri 1-1 di laman sendiri ketika bertemu Buriram United, skuad kendalian Xisco Munoz itu pastinya turun dengan misi untuk memburu kemenangan pertama pada kempen musim ini.
Pertemuan terakhir melibatkan kedua-dua pasukan dalam saingan ACL ELite juga menyaksikan JDT berjaya mencatatkan kemenangan selesa 5-2 pada aksi yang berlangsung di Stadium Sultan Ibrahim, musim lalu.
Keadaan itu membuatkan Pohang Steelers bakal menerima cabaran sengit, tambahan pula JDT kini dibarisi dengan pemain yang lebih berkualiti pada musim ini.
Pohang Steelers juga kini tidak berada dalam prestasi terbaik. Mereka bukan sahaja tewas kepada Beijing Guoan dari China pada aksi pembukaan tempoh hari, malah aksi mereka dalam saingan liga domestik juga kurang memberangsangkan.
Daripada lima aksi terakhir, Pohang Steelers hanya mencatatkan satu kemenangan, dua keputusan seri dan dua kekalahan.