Perlawanan kelima peringkat kumpulan AFC Champions League Elite (ACLE) 2025/26: Melbourne City lawan Johor Darul Ta’zim (JDT) [25 November 2025, 3:45 petang]
Para peminat bola sepak tempatan kini boleh menyaksikan siaran langsung saingan elit bola sepak Asia melibatkan wakil negara iaitu JDT di Australia.
Baca Juga:
- ACL Elite 2025/26: JDT Raih Kemenangan Bergaya Atasi Shanghai Shenhua

- ACL Elite 2025/26: JDT Raih Kemenangan Sulung Selepas Tundukkan Chengdu 2-0

- ACL Elite 2025/26: JDT, Machida Zelvia Kongsi Mata

Perlawanan Kelima ACL Elite 2025/26
Melbourne City lawan Johor Darul Ta’zim (JDT)
Sepak mula: 3:45 petang, 25 November 2025 (Selasa)
Tempat: Melbourne Rectangular Stadium, Australia
Link Siaran Langsung: Astro Arena, Youtube AFC Hub (Akses VPN)
Astro Arena merupakan satu-satunya stesen televisyen tempatan yang mendapat hak penyiaran ACL Elite.
Jika tidak menyaksikannya di kaca televisyen, anda perlu memiliki aplikasi Astro Go atau langganan Sooka untuk menonton perlawanan menarik ini secara ‘Live Streaming’.
Bermula dengan dua kekalahan ke atas Sanfrecce dan Vissel Kobe, skuad kendalian Aurelio Vidmar itu bangkit dengan kemenangan 2-1 ketika berhadapan dengan Buriram United dan Machida Zelvia.
Lebih menarik, jaringan kemenangan pada kedua-dua aksi tersebut hadir pada masa kecederaan.
Tetapi lawan yang mereka bakal hadapi petang ini, JDT bukanlah calang-calang pasukan.
Anak buah Xisco Munoz itu juga berada di prestasi baik selepas mengharungi empat perlawanan dengan menduduki tangga kedua dengan tujuh mata.
Selepas meraih dua kemenangan berturut-turut ke atas wakil China, Chengdu Rongcheng 2-0 dan Shanghai Shenhua 3-1, JDT pastinya mahu meneruskan rentak cemerlang tersebut.
Perancangan Munoz bagaimanapun sedikit direncatkan dengan kecederaan dialami Arif Aiman Hanapi ketika bersama skuad kebangsaan, tetapi dengan ‘squad depth’ dimiliki, ia bukanlah satu masalah besar buat JDT.
ACL Elite adalah pertandingan yang melibatkan 24 kelab elit di Asia dan menawarkan wang hadiah lumayan sebanyak AS$10,000,000 (RM42,064,271.65) untuk juara manakala naib juara membawa pulang AS$4,000,000 (RM16,825,708.66).
Ia tidak termasuk elaun perlawanan di tempat lawan serta elaun pencapaian sekiranya mencatatkan kemenangan dan meraih keputusan seri.