Perlawanan ketiga Kejohanan Kelab ASEAN (ACC) Piala Shopee 2025/26: PKR Svay Rieng lawan Johor Darul Ta’zim (JDT) [4 Disember 2025, 8:00 malam]

Para peminat bola sepak tempatan kini boleh menyaksikan siaran langsung saingan elit bola sepak Asia Tenggara melibatkan kelab gergasi tanah air iaitu JDT di Phnom Penh pada malam ini.

Baca Juga:

Perlawanan Ketiga JDT Di ACC Piala Shopee 2025/26

PKR Svay Rieng lawan JDT
Sepak mula: 8:00 malam, 4 Disember 2025 (Khamis)
Tempat: Morodok Techo National Stadium, Phnom Penh
Link Siaran Langsung: Astro Arena Bola (803) & Astro GO

Astro Arena merupakan satu-satunya stesen televisyen tempatan yang mendapat hak penyiaran pertandingan Piala Shopee 2025/26.

Sekiranya anda tidak berada di rumah dan mahu menyaksikannya di komputer riba mahupun telefon pintar, anda perlu memiliki aplikasi Astro Go atau Sooka untuk menonton secara ‘Live Streaming’.

JDT bertandang ke Kemboja dengan misi untuk meraih kemenangan ketiga berturut-turut selepas tidak berdepan masalah mengenepikan cabaran Lion City Sailors 3-1 dan Bangkok United 4-0 di laman sendiri sebelum ini.

Dengan dua kemenangan tersebut, skuad kendalian Xisco Munoz itu memimpin carta kumpulan B dengan kelebihan tiga mata dihadapan  Thép Xanh Nam Định dan PKR Svay Rieng. Namun, kelab dari Vietnam itu hanya bermain satu perlawanan sahaja setakat ini.

Meskipun peluang tampak sukar buat PKR Svay Rieng kerana berdepan pasukan gergasi ASEAN, namun pasukan tersebut bakal turun dengan semangat juang tinggi berbekalkan status selaku pendahulu saingan Liga Kemboja.