Metro TV Indonesia tampil meminta maaf setelah teruk dikecam oleh netizen mereka.
Ini gara gara siaran tv itu menulis kapsyen ‘medali giveaway pertama’ untuk kemenangan pingat gangsa di Olimpik oleh pemain perseorangan badminton wanita mereka, Gregoria Mariska Tunjung.
Pa maksud medali giveaway??!! pic.twitter.com/EmJjpcysgC
— txtdaribrand (@txtfrombrand) August 11, 2024
Di mana Mariska tidak perlu bermain aksi perlawanan penentuan gangsa kerana Carolina Marin sebelum itu terpaksa menarik diri daripada aksi separuh akhir kerana kecederaan.
Tindakan Metro TV yang ‘acah cool’ menggunakan bahawa troll yang seringkali digunakan netizen mereka, perkataan ‘giveaways’ itu telah mengundang kecaman.
Mereka menganggap Metro TV sebagai biadap sedangkan Mariska adalah penyelamat air muka badminton Indonesia, tegas seorang netizen.
Peminat juga mengingatkan Metro TV pencapaian Mariska dalam beberapa tahun ini sepatutnya dibanggakan bukannya diejek dengan perkataan ‘medali giveaway’.
THIS GIRL DESERVE SO MUCH RESPECT!!!!
– Win Spain Masters 2023 gk di post our beloved pres
– Win Kumamoto Masters 2023 gk juga
– Dapet bronze medal di Olimpiade 2024 gk juga, but Ginting olim sebelumnya dapet bronze di post
– Now Metro TV discredit Jorji dengan "Medali giveaway" pic.twitter.com/EJWkLKkRcN— ◺◊◿回GFRIEND STILL GFRIEND!!!!!!❤7❤ (@WeeOWowWowWow) August 11, 2024
Seorang lagi menulis: “Bersusah payah berjuang untuk meraih pingat pertama untuk Indonesia, malah dianggap pemenang medali giveaway,”
Setelah menerima banyak makian dan kutukan daripada warganet, akhirnya Metro TV membuat permohonan maaf secara rasmi.
Dan mereka menukar medali giveaway kepada pingat gangsa. Di mana pembaca berita Metro TV akui pihak mereka mengakui khilaf dan menyatakan penghargaan kepada semua atlet yang berjuang demi negara mereka.
Mereka juga menegaskan bahawa Mariska adalah pemenang pingat pertama untuk Indonesia di Paris 2024.
Walaupun metro tv udah minta maaf tapi masih sakit hati sumpah, kalo bisa minta maaf juga secara langsung ke jorji!!!! pic.twitter.com/zoBl3JSX2P
— 𝗲𝗰𝘆ִ ࣪𖤐 (@licesyasr) August 11, 2024