Kecoh sejak beberapa hari ini melibatkan seorang netizen yang bertanyakan kejayaan seorang guru pemasaran membuatkan guru pemasaran tersebut ‘koyak’ sekaligus meraih perhatian netizen. Video yang dikongsikan nyata telah mendapat perhatian orang ramai serta meraih lebih 2 juta tontonan.

Terbaharu, seorang lagi usahawan tular di TikTok menceritakan pengalaman beliau menjalankan bisnes sehingga mendapat jualan yang tinggi serta dijemput ke seminar bisnes.

Menerusi perkongsian TikTok @founderputehjeliyta, individu yang lebih dikenali sebagai Kakak Hello Kitty ini memaklumkan kisahnya bermula pada tahun 2017 di mana beliau tular dengan pakaian sedondon sekeluarga menggayakan baju Hello Kitty.

Rezeki berpihak kepadanya apabila baju Hello Kitty yang dihasilkan tanpa niat pemasaran tersebut tular sekaligus membuatkan beliau dibanjiri dengan tempahan daripada para peminat yang mahu mendapatkan baju Hello Kitty.

Kakak Hello Kitty kemudiannya memaklumkan pada ketika itu, beliau telah menerima sebuah jemputan untuk ke seminar pemasaran percuma. Beliau turut dimaklumkan perlu hadir dengan menggayakan baju Hello Kitty.

@afinaairich

#stitch dengan @farqhan.com kita pun terkena jugak tapi kita ni org gunakan kita bila Nampak org tgh viral & Nak naik mula la dorang ckp d sbb Kan dia la marketing tu Jadi..

♬ bunyi asal – Kakak Hello Kitty – Kakak Hello Kitty

Alangkah terkejutnya beliau apabila mendapati kelas pemasaran tersebut adalah berbayar namun beliau dapat hadir secara percuma. Lebih mengejutkan, Kakak Hello Kitty yang baru sahaja masuk ke dalam dewan telah dijemput oleh guru bisnes tersebut untuk naik ke pentas untuk dijadikan ‘testimoni’.

Menurutnya, guru pemasaran tersebut telah ‘claim’ kejayaan yang diperoleh Kakak Hello Kitty hasil pemasaran yang diajarkan. Sebaliknya, beliau pada ketika ini pertama kali bertemu dengan guru pemasaran tersebut.

Tidak selesa berada dalam seminar pemasaran tersebut, Kakak Hello Kitty menerusi perkongsian memaklumkan beliau yang hadir bersama suami memilih untuk keluar tidak lama selepas seminar bermula.

Pendedahan yang dibuat telah meraih ratusan komen yang turut terkejut dengan pendedahan Hello Kitty. Berikut merupakan respon netizen terhadap perkongsian beliau.

Sumber: TikTok @founderputehjeliyta
Sumber: TikTok @founderputehjeliyta
Sumber: TikTok @founderputehjeliyta

Sehubungan dengan itu, orang ramai dinasihatkan agar lebih berhati-hati dengan tindakan segelintir guru pemasaran ini. Mereka yang mahu mempelajari ilmu bisnes juga dicadangkan untuk membuat semakan dan mengkaji terlebih dahulu sebelum mendaftarkan diri ke sesebuah seminar bisnes.

Ketahui lebih lanjut isu melibatkan sifu pemasaran yang ‘koyak’ apabila disoal mengenai kejayaan bisnes terdahulu dengan klik pautan di bawah.

‘You Berjaya Apa?’ – Sifu Pemasaran ‘Koyak’ Selepas Ditanya Soal Kejayaan Bisnes Terdahulu

Dakwa Jadi Mangsa Video ‘Edit’, Sifu Pemasaran Ini Akui Tidak Pernah Bodohkan Sesiapa