Kecoh pada bulan lalu apabila terdapat seorang sifu pemasaran yang ‘koyak’ apabila disoal mengenai kejayaan bisnes terdahulu. Isu menjadi lebih hangat apabila terdapat seorang wanita yang mendedahkan telah menjadi mangsa claim seorang sifu pada sebuah seminar yang dijemput.

Terbaharu, tular sebuah perkongsian di media sosial apabila terdapat seorang penoreh yang bertanyakan pada ruang komen seorang sifu pemasaran di Facebook yang sudah menerima lambang verified mengenai cara-cara menaikkan penjualan hasil getah sekerap.

Soalan yang diajukan telah meraih perhatian netizen apabila sifu pemasaran ini memaklumkan penjualan getah sekerap penoreh ini mampu ditingkatkan jika menggunakan teknik pemasaran yang betul dalam menarik lebih ramai pelanggan.

Sumber: facebook Abdullah Alif Dahlan

Respon daripada sifu pemasaran ini sekaligus telah menimbulkan persoalan di kalangan netizen mengenai teknik marketing bagi menjual getah sekerap.

Terdapat netizen yang berpendapat penjualan getah sekerap tidak memerlukan teknik pemasaran sebaliknya sekadar dijual pada tempat yang betul. Tidak kurang yang terhibur serta memerli respon sifu pemasaran ini.

Sumber: facebook Abdullah Alif Dahlan
Sumber: facebook Abdullah Alif Dahlan
Sumber: facebook Abdullah Alif Dahlan

Setakat artikel ditulis, didapati komen yang tular ini sudah tidak lagi dapat dilihat pada facebook sifu pemasaran tersebut.