Pada hari Sabtu lalu seramai lebih 30,000 peserta hadir menyertai acara ‘RX-Z Member 4.0 2022′ di Litar Permotoran Terengganu, Kompleks Sukan Gong Badak, selepas hampir dua tahun tidak dapat dianjurkan ekoran pandemik COVID-19.

Kemeriahan acara itu berlangsung bagaimanapun diakhiri dengan ending yang tidak ingin dilihat oleh orang ramai — sampah berselerakan di merata-rata tempat sekitar lokasi acara tersebut berlangsung.

Dalam beberapa gambar yang dikongsikan oleh Bernama, kelihatan sampah-sarap seperti bekas plastik, botol air, tin, kertas dan tisu. Sampah-sarap itu dibiarkan berselerakan di atas lantai, tempat duduk pengunjung dan kawasan berumpur di tepi jalan.

Perkongsian gambar-gambar itu membuatkan netizen berasa jelek kerana walaupun acara itu ‘berjaya’ dengan penuh gah sekali apabila ramai pengunjung sanggup menempuh perjalanan jauh untuk menuju ke lokasi, namun langsung tidak mampu menjaga kebersihan kawasan setempat.

Ramai yang berpendapat ini perkara biasa terjadi setiap kali mana-mana acara keramaian  berlangsung, lebih-lebih lagi di kawasan outdoor, jadi pihak pengajur perlu membersihkannya selepas acara tamat.

Bagaimanapun, lebih ramai tidak bersetuju kerana sepatutnya pengunjung sendiri perlu ada kesedaran sivik untuk menjaga kebersihan di tempat awam dan memudahkan para pekerja kebersihan membuat kerja-kerja mereka.

Sumber Gambar: Facebook Bernama
Sumber Gambar: Facebook Bernama

Warganet turut berharap agar pada masa akan datang pihak penganjur dapat sentiasa memberi peringatan kepada para pengunjung agar sentiasa menjaga kebersihan dan pada masa menyediakan sejumlah tong sampah yang mencukupi.

Ini merupakan kali ke-4 himpunan motosikal Yamaha RX-Z terbesar di Malaysia setelah kali pertama diadakan bermula tahun 2017 dan kali terakhir pada 2019.

Acara kali ini turut dihadiri oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang turut menyatakan hasrat kerajaan mahu membina litar khusus bagi perlumbaan drag di setiap negeri dalam usaha memperkasakan program pembangunan sukan permotoran dalam negara.

Klik pautan-pautan di bawah untuk baca lagi beberapa artikel yang menjadi pilihan pembaca The Vocket pada minggu lalu.

Kecewa Rakan ‘Hijack’ Majlis Hari Lahir, Luahan Hati Gadis Ini Raih Perhatian Netizen

‘You Berjaya Apa?’ – Sifu Pemasaran ‘Koyak’ Selepas Ditanya Soal Kejayaan Bisnes Terdahulu

Siap Penumpang Penuh, Bekas Pemandu ‘Rally’ Lenjan Pula Perodua Alza 2022 Naik Genting Highlands

https://www.thevocket.com