Dua wanita Singapura yang mengejek dan menghina dua pegawai polis bantuan wanita yang menjalankan kerja penguatkuasaan untuk Agensi Alam Sekitar Nasional telah pun ditahan dan didenda sebanyak $ 3,000 (RM9,300) pada hari Rabu, lapor Straits Times. Koh Lee Yen, 50, dan Chee Kam Fah, 49, kedua-duanya mengaku bersalah atas tuduhan masing-masing menggunakan ayat menghina terhadap penjawat awam di bawah Akta Perlindungan Daripada Gangguan.
Menurut laporan Asia One, Pegawai polis yang berusia 22 tahun dan seorang lagi rakannya ketika itu sedang menuju ke Koh dan Chee, yang berada di luar kawasan merokok Lucky Plaza Shopping Centre pada 21 September yang lalu. Pegawai polis terbabit memberitahu kedua-duanya bahawa dia akan memberikan mereka saman atas kesalahan merokok dan meminta maklumat diri mereka.
Ketika mangsa memasukkan butir-butirnya ke dalam peranti elektronik, kedua-dua wanita itu mengejek dan menghina beliau; ”Wanita yang sangat gila ah kamu”; “You diam dan minta IC”; “Kamu akan miskin selamanya, tahu atau tidak?”; “Gadis gila, lebih baik kamu balik dan peluk bantal dan menangis, gaji kamu sikit, tidak mampu membeli bantal untuk saya ah saya katakan, bodoh”; “Mo ga gau” yang bermaksud “Tidak ada asuhan” dalam bahasa Kanton; dan “Shen jing bing” yang bermaksud “Gila” dalam bahasa Mandarin.
Sementara itu, Chee memberitahu polis itu perkara berikut; “Gaji anda berapa, seribu hanya satu bulan saya kira”; “Gila”; “Sila cakap dengan orang kaya baik-baik, kamu itu gadis miskin.” Chee juga bertindak mengeluarkan wang kertas $ 1,000 dan melambaikannya di wajah pegawai tersebut sementara Koh memberitahu mangsa, “Kamu seharusnya diam dan mengambil wangnya.”
Menurut Today Online, Pegawai Pendakwa Negeri Nasri Haron meminta denda antara S $ 3,000 hingga S $ 4,000 untuk setiap wanita. Dia mengatakan kepada mahkamah bahawa penyalahgunaan kata-kata itu “diperkira dan dihitung untuk menghina dan merendahkan mangsa”, yang hanya melakukan tugasnya.
Kedua-dua wanita itu, yang tidak mempunyai peguam, mengatakan bahawa mereka mengalami tekanan pada masa itu. Chee berkata melalui seorang jurubahasa bahawa pegawai polis itu “tiba-tiba berjalan ke arah saya, jadi pada waktu itu, fikiran saya tidak mampu menyesuaikan diri dengan keadaan semasa.”
Ketika Hakim Jasbendar Kaur menyoal Koh mengapa rakannya mengeluarkan wang kertas bernilai $ 1,000, Koh mengatakan bahawa dia menyangka mereka mampu membayar saman ketika itu juga. Dia mendakwa bahawa dia pernah ditangkap membuang rokok dan membayar denda $ 300 pada masa itu juga.
Gelagat wanita itu dirakam pada kamera yang dipakai di tubuh pegawai polis. Hakim mengatakan kepada mereka bahawa tekanan perasaan bukanlah alasan dan tiket untuk mereka menghina seseorang.
Apa yang kita boleh belajar daripada polisi perumahan Singapura? Untuk mengetahui lebih lanjut, sila klik pautan di bawah.
Apa Yang Kita Boleh Belajar Daripada Polisi Perumahan Singapura
Tidak Mahu ‘Ponteng’ Sekolah, Pelajar Malaysia Terpaksa Tinggal Seorang Diri Di Singapura