Sejak akhir-akhir ini kecoh mengenai kemelut keluarga Shila Amzah yang melibatkan pelbagai pihak dalam keluarga. Malah, dikatakan Shila Amzah yang menjadi individu yang mencari rezeki buat keluarga dalam melangsaikan hutang serta menyediakan tempat untuk berteduh.

Di saat keluarga ini berdepan kemelut yang pelbagai, Shila Amzah menerusi perkongsian terbaru di Instagram Stories mendedahkan agar individu bernama Eiza yang dipercayai kekasih kepada adiknya, Syafiq keluar daripada rumahnya dengan kadar yang segera.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Shila memaklumkan tindakan undang-undang akan diambil sekiranya individu tersebut masih lagi mengeluarkan sebarang kata-kata atau kenyataan melibatkan keluarga beliau.

Difahamkan Shila Amzah sebelum ini pernah memaklumkan kepada ibunya untuk tidak membenarkan wanita ini masuk ke rumahnya namun masih lagi tinggal sehingga sekarang.

Sumber: Instagram @shahilaamzah

Lebih mengejutkan pelbagai pihak, difahamkan individu bernama Eiza ini sudah menetap di rumah Shila Amzah tanpa izin sejak dari tahun 2021 lagi.

Sumber: Instagram @shahilaamzah
Sumber: Instagram @shahilaamzah

Bukan sahaja sekadar menumpang, Shila Amzah mendedahkan wanita ini turut pernah menjadi batu api serta tidak menanggung sebarang bil dalam rumah tersebut.

Dimaklumkan perkongsian yang dibuat Shila Amzah dalam memaklumkan kepada orang ramai dibuat setelah beliau hilang sabar terhadap wanita yang dikatakan menjadi tetamu tidak diundang ini.