Seramai 43 orang warganegara Malaysia yang menjadi mangsa penyeludupan manusia Sindiket Macau Scam telah berjaya diselamatkan oleh polis Republik Peru pada 7 Oktober lalu.

Perkara itu disahkan oleh Kementerian Luar Negeri (KLN) melalui Kedutaan Besar Malaysia di Lima dalam satu kenyataan baru-baru ini.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Menurut Kedutaan Besar Malaysia di Lima, pihak polis tempatan telah mengadakan satu serbuan di sebuah rumah di La Molina, Lima di mana kesemua mangsa warganegara Malaysia telah dikenalpasti dan diselamatkan.

“Pihak Kedutaan Besar Malaysia di Lima telah melakukan lawatan konsular ke atas semua mangsa dan mendapati mereka berada dalam keadaan baik.

“Kesemua mangsa juga telah menjalani proses siasatan dan akan dihantar pulang ke Malaysia dalam masa terdekat,” maklum kenyataan tersebut.

Sehubungan itu, Kedutaan Besar Malaysia di Lima akan terus berhubung rapat dengan pihak berkuasa tempatan mengenai kes ini.

Di samping itu, pihaknya akan menghulurkan bantuan konsular sewajarnya kepada kesemua mangsa.

“Rakyat Malaysia yang memerlukan sebarang bantuan konsular boleh berhubung dengan Kedutaan Besar Malaysia di Lima,” ujarnya lagi menerusi kenyataan berkenaan.

Setakat ini, sebanyak 401 rakyat Malaysia mangsa sindiket penipuan berjaya diselamatkan. Kerajaan akan sentiasa membantu selagi menerima laporan daripada semasa ke semasa.