Lapan belas lokasi di sekitar Singapura, termasuk bangunan kerajaan, kedutaan dan tempat tarikan pelancong, telah berada dalam keadaan siap sedia dengan segala kemungkinan selepas dakwaan ancaman bom, lapor Berita Harian Singapura.

Pasukan Polis Singapura berkata mereka dimaklumkan mengenai dakwaan ancaman bom sekitar jam 9.10 pagi, dan memberitahu  pegawai keselamatan di premis masing-masing untuk pemeriksaan lanjut.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Bagaimanapun polis tidak mendedahkan butiran lanjut mengenai lokasi tersebut.

“Polis memandang serius semua ancaman keselamatan dan tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan terhadap mereka yang dengan sengaja menyampaikan maklumat palsu mengenai ancaman bom,” kata mereka.

Polis berkata mereka sedang menyiasat kes maklumat palsu mengenai perkara berbahaya di bawah Seksyen 268A Kanun Keseksaan 1871. Kesalahan itu membawa hukuman penjara sehingga tujuh tahun, denda sehingga $50,000, atau kedua-duanya sekali.