Konsert Taylor Swift yang diadakan di Singapura telah memberi impak besar kepada pertumbuhan ekonomi dan industri pelancongan.

Taylor Swift: The Eras Tour 2024 menjadikan Singapura satu-satunya negara di Asia Tenggara yang dikunjungi penyanyi dari Amerika Syarikat itu.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Menurut CNBC dan data yang diterbitkan oleh Lembaga Pelancongan Singapura (STB), impak konsert itu dirasai dari awal, dengan lonjakan 10% dalam tempahan hotel.

Peminat Taylor Swift dari seluruh dunia, termasuk negara jiran Singapura, telah membanjiri negara tersebut untuk menonton konsert enam hari yang berlangsung dari 2 hingga 9 Mac, 2024.

Dianggarkan konsert itu akan memberi sumbangan ekonomi yang besar, dengan anggaran keuntungan antara AS$260.3 juta hingga AS$371.9 juta, atau sekitar RM1.2 bilion hingga RM1.7 bilion.

Penyanyi berusia 34 tahun itu bukan sahaja menarik peminat menghadiri konsert muziknya, malah turut memacu sektor ekonomi lain, termasuk restoran, pusat beli-belah dan destinasi pelancongan di Singapura.

Bukan itu sahaja, impaknya turut dirasai dalam industri penerbangan dan perhotelan.

Syarikat penerbangan seperti Singapore Airlines dan Scoot melaporkan peningkatan dalam tempahan tiket, manakala industri perhotelan menyediakan pelbagai tawaran istimewa untuk menarik pelancong.

Contohnya ialah kerjasama antara Hilton dan Kallang Alive Sport Management yang menawarkan pengalaman eksklusif, meningkatkan status Singapura sebagai destinasi hiburan utama.

Dengan peningkatan ketara dalam bilangan pelawat pada 2023, mencecah 13.6 juta berbanding 6.3 juta pada 2022, Singapura telah memenuhi ramalan STB.

Sumbangan terbesar kedatangan pelancongan datang daripada pasaran utama seperti Indonesia, China dan Malaysia, manakala pasaran utama lain termasuk Australia, Korea Selatan dan Amerika Syarikat.

Konsert besar seperti ini telah menjadi salah satu pemacu pemulihan ekonomi Singapura selepas pandemik.

Industri hiburan membantu mempelbagaikan ekonomi negara, menyumbang sehingga 10% daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK).

Pertumbuhan ekonomi Singapura pada 2023 sebanyak 1.1% menunjukkan hasil yang sederhana, tetapi strategi konsert seperti ini terbukti memberi kesan positif dalam memacu ekonomi dan menarik pengunjung dari seluruh dunia.

Sumber