Pihak berkuasaa di Singapura akan melaksanakan peraturan baru bagi jualan blind box untuk menangani risiko-risiko berkaitan perjudian.

Langkah ini diambil selepas agensi perkhidmatan sosial memberi amaran bahawa aktiviti berasaskan peluang seperti blind box menimbulkan kebimbangan yang ketara, terutamanya dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.

Kepada anda yang tertanya tanya apa itu blind box? Ianya adalah kotak yang berisi barangan yang anda tidak tahu apa yang ada di dalamnya.

Anda cuma akan diberikan maklumat tentang barang barang atau figur misteri yang berpotensi anda dapat dalam kotak tersebut.

Jadi, anda akan membeli barangan berdasarkan nasib dan tuah untuk mendapatkan barangan dianggap ‘rare’ atau produk paling berharga.

Pembeli hanya akan mendapat tahu apa yang mereka akan dapat selepas membeli dan membuka kotak.

Oleh itu, Singapura mulai melihat penjualan blind box ini membawa kepada beberapa keburukan dan harus dikawal.

Perancangan peraturan baru ini diumumkan oleh Menteri Dalam Negeri Singapura, K Shanmugam, ketika menjawab soalan dari ahli parlimen Dennis Tan sama ada kerajaan akan mewajibkan pendedahan peluang untuk produk blind box atau “gacha”.

Shanmugam berkata kementeriannya bersama Pihak Berkuasa Pengawalseliaan Perjudian telah mengkaji isu ini dan memutuskan untuk memperkenalkan syarat-syarat tentang bagaimana blind box boleh ditawarkan.

“Peraturannya sedang direka,” kata Shanmugam. Beliau turut menjelaskan bahawa cadangan ahli parlimen untuk mempunyai pendedahan wajib dan standard peluang serta kebarangkalian akan menjadi salah satu perkara yang akan dipertimbangkan dalam peraturan tersebut.

Seterusnya kerajaan mendapati ada unsur unsur peniaga cuba mengambil kesempatan kepada golongan kolektor dan ‘gamers’

Undang-undang Kawalan Perjudian yang sedia ada di Singapura membenarkan beberapa jenis perkhidmatan perjudian risiko rendah, seperti cabutan bertuah (lucky draw), ditawarkan di bawah peraturan lesen kelas, di mana tiada keperluan untuk mohon lesen dari Pihak Berkuasa Pengawalseliaan Perjudian untuk kategori tersebut.

Pihak berkuasa itu berkata butiran lanjut mengenai syarat lesen kelas bagi blind box akan diumumkan kemudian. Ini agar pembeli tahu bahawa sebenarnya blind box berada di bahagian kelas judi yang mana.

Perancangan peraturan baru ini diumumkan selepas TOUCH Community Services, sebuah badan perkhidmatan sosial, memberi amaran bahawa aktiviti berasaskan peluang seperti pembelian blind box boleh menyebabkan kebimbangan, terutama bagi golongan muda.

Menurut seorang kaunselor di agensi tersebut, pembelian ini memberi sensasi ketidakpastian dan potensi hadiah, yang boleh dengan cepat meningkat menjadi tingkah laku kompulsif. Sensasi ini juga dikatakan boleh memicu sistem ganjaran di otak yang sangat ketagihan.

Kegagalan mendapatkan barang yang jarang (rare) juga boleh mencetuskan kebimbangan dan kemurungan yang membabitkan kesihatan mental.