Sirap Limau dengan bangganya melancarkan ‘Next Stop: Kerjaya!’, sebuah kempen inspirasi yang berlangsung dari 1 Julai hingga 31 Ogos 2025, bertujuan menyokong generasi muda dan masyarakat umum dalam meneroka serta membina laluan kerjaya masing-masing.

Kempen ini menyasarkan pelajar Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), lepasan sekolah, graduan dan orang awam untuk mengenal pasti kerjaya yang selari dengan minat, kebolehan serta aspirasi mereka, tanpa menjadikan keputusan akademik sebagai penghalang utama.

Sirap Limau Lancar Kempen ‘Next Stop: Kerjaya!’ - Cipta Jalan, Bina Masa Depan
Sumber Gambar: Sirap Limau

Selain memberi inspirasi, kempen ini turut menekankan aspek kerjaya inklusif untuk golongan Orang Kurang Upaya (OKU) serta meningkatkan kesedaran terhadap penipuan pekerjaan. Di mana, satu isu yang semakin membimbangkan dalam dunia pekerjaan masa kini.

“Dengan tagline ‘Cipta Jalan, Bina Masa Depan’ dan tanda pagar #NextStopKerjaya, kami mahu bantu penjelajah kerjaya memahami langkah seterusnya dalam mencapai matlamat mereka melalui pendedahan yang relevan dan menyeluruh,” jelas Nurul Halifah Hamiruddin, Ketua Kandungan Editorial Sirap Limau.

Malah, laman web khas kempen telah dibangunkan yang memuatkan pelbagai input berguna dalam bentuk artikel, infografik dan kandungan video yang dipilih bersama pakar industri, tokoh masyarakat dan figura berjaya.

Kempen ini juga menjalinkan kerjasama dengan beberapa organisasi seperti Coursera dan Jobstreet dalam menyediakan kandungan yang relevan dan berimpak tinggi.

Kempen ini terbahagi kepada tiga fasa utama, masing-masing membawa pendekatan unik untuk menyampaikan mesej yang berkesan:

1. Pit Stop Kerjaya

Fasa pertama ini memberi tumpuan kepada kandungan dalaman seperti terbitan artikel dan kandungan video temubual bersama individu yang memberi inspirasi dan ‘vox pop’ dari masyarakat berkenaan dengan laluan kerjaya mereka untuk memberi sokongan dan bimbingan kepada penjelajah kerjaya.

2. Suara Pencari Kerja

Fasa kedua menyasarkan orang ramai, khususnya pencari kerja. Dua hantaran utama akan dimuat naik di Facebook Sirap Limau berkaitan:
Kerjaya inklusif untuk OKU
Penipuan pekerjaan.

Melalui hantaran ini, komuniti dijemput untuk berkongsi pengalaman dan pandangan yang boleh menjadi rujukan berguna kepada penjelajah kerjaya lain.

Menariknya, fasa ini turut menampilkan episod podcast khas berjudul ‘Realiti’ di saluran YouTube Sirap Limau. Menampilkan seorang tokoh forensik yang pernah mengendalikan kes yang mendapat liputan dunia dengan berkongsi perjalanan kerjayanya dari anak kampung hingga berjaya.

3. Destinasi SPM

Fasa terakhir memberi tumpuan kepada calon SPM 2025. Menerusi hantaran khas di Facebook, orang ramai digalakkan untuk berkongsi kisah, pengalaman dan tip persiapan SPM, yang mungkin dapat menyuntik semangat kepada calon-calon yang bakal menduduki peperiksaan penting ini.

Menurut Nurul Nadzirah Roselan, Pengurus Kempen:
“Komen yang ditinggalkan di tiga hantaran iaitu kerjaya inklusif OKU, penipuan kerja dan persiapan SPM akan berpeluang dipilih untuk menerima saguhati istimewa dan eksklusif dari kami, bahkan cerita mereka juga akan dipaparkan di portal rasmi Sirap Limau.” ujarnya.

Sirap Limau Lancar Kempen ‘Next Stop: Kerjaya!’ - Cipta Jalan, Bina Masa Depan
Sumber Gambar: Siraplimau

Program Khas: Bual Bicara ‘Cerita SPM Kita’
Satu program bual bicara bertemakan ‘Cerita SPM Kita’ akan diadakan pada 20 Ogos 2025, dihoskan oleh Penyampai Radio KOOL 101, Muaz Mohamed.

Program ini akan menampilkan tiga tetamu istimewa iaitu seorang wakil pelajar cemerlang SPM 2024, personaliti tv popular dan ahli politik ternama.

Ketiga-tiga figura ini akan berkongsi kisah suka duka zaman persekolahan mereka, serta perjalanan menuju kejayaan dalam kehidupan dan kerjaya.

Program ini akan disiarkan secara langsung di TikTok Sirap Limau, disaksikan oleh orang ramai serta 30 calon SPM yang dijemput khas ke Media Prima.

Booth-activation anjuran TalentLabs
Bagi aktiviti terakhir di dalam kempen ini, Sirap Limau bakal menyertai ‘booth-activation’ di Pameran Kerjaya 2025 yang dianjurkan TalentLabs pada 23 dan 24 Ogos nanti untuk bersama-sama dengan penjelajah kerjaya.

Jangan lepaskan peluang untuk berhubung, belajar dan melangkah ke masa depan yang lebih cerah!

Oleh itu, Sirap Limau mengajak semua rakyat Malaysia untuk berkongsi kisah pahit manis perjalanan kerjaya anda. Ini bukan sekadar kempen, ia adalah gerakan membina generasi masa depan yang yakin, bersedia dan berdaya tahan.

Untuk maklumat lanjut dan kemas kini, sila layari siraplimau.com/nextstopkerjaya dan ikuti Sirap Limau di semua media sosial rasmi @siraplimau.

Sebarang pertanyaan lanjut boleh hubungi:
Nurul Halifah Hamiruddin ([email protected]);
Nurul Nadzirah Roselan ([email protected])