ASUS Malaysia baru sahaja mengumumkan ketibaan komputer riba siri Vivobook S baru yang merangkumi model S 14 OLED dan S 16 OLED. Kedua-dua komputer riba menampilkan rekaan yang lebih nipis dan moden yang sesuai untuk kegunaan profesional.

Siri Vivobook S baru ini dikatakan paling nipis setakat ini di dalam pasaran Malaysia. Walaupun tampil nipis, ia masih mampu menawarkan prestasi yang cemerlang serta paparan OLED yang luar biasa. Berikut spesifikasi siri Vivobook S yang anda perlu ketahui.

Vivobook S 14 OLED

Sumber Gambar: ASUS

Menerusi model S14 ini, komputer riba ini hadir dengan pilihan varian Intel Core Ultra 7 atau Intel Core Ultra 5 dengan memori 16GB RAM bersama storan 512GB terbina.

Selain daripada kad grafik Intel Arc Graphics, paparannya pula adalah jenis WUXGA OLED 14-inci dengan sokongan refresh rate 60Hz pada resolusi 1920 x 1200 serta kecerahan maksimum sehingga 600nits.

Baterinya pula berkapasiti 75Whr membekalkan tenaga pada laptop ini dan ia dicas melalui port USB-C yang disediakan.

Ciri-ciri lain termasuklah dua port USB-C yang menyokokng USB4, 2 USB-A, 1 HDMI bersaiz penuh, pembaca kad mikro-SD dan jek audio 3.5mm.

Vivobook S 16 OLED

Sumber Gambar: ASUS

Model S 16 OLED juga hadir dengan spesifikasi yang sama iaitu Intel Core Ultra 7 atau Intel Core Ultra 5 dengan memori 16GB RAM bersama storan 512GB terbina.

Sama seperti namanya, model ini didatangkan dengan paparan skrin OLED yang lebih besar dengan resolusi 3200 x 2000 berserta sokongan refresh rateĀ 120Hz dan juga kecerahan maksimum 600nits.

Baterinya juga sama seperti model S 14 75Whr dan alat suai kuasa 90W.

Antara ciri lain yang anda boleh dapati menerusinya seperti kamera FHD, WiFi 6E, Bluetooth 5.3, dua slot USB A 3.2 Gen 1, pembaca mikro kad SD dan slot HDMI 2.1.

Komputer riba ini akan mula dijual pada 29 April melalui ASUS Store Malaysia dan juga pengedar-pengedar rasmi kelengkapan ASUS pada harga permulaan RM4699 untuk ASUS Vivobook S 16 OLED dan RM4399 untuk ASUS Vivobook S 14 OLED.

Anda boleh dapatkan maklumat lanjut di laman rasmi ASUS.