TV3 mengumumkan slot Buletin Utama malam ini akan memberi tumpuan khas kepada usaha Malaysia dalam berdiri teguh bersama nasib rakyat Palestin.

Dalam laporan eksklusif ini, mereka akan mengetengahkan pendirian tegas Malaysia yang tidak tunduk kepada propaganda Barat.

HYPE
Wayout Solution Cipta Sejarah Rangkul Anugerah Company Of The Year
Baca lagi →

Dalam usaha memperjuangkan hak-hak rakyat Palestin, Malaysia telah mengambil pelbagai inisiatif diplomatik dan kemanusiaan yang mendapat perhatian di peringkat antarabangsa.

Slot berita khas ini memperlihatkan komitmen Malaysia dalam menyokong Palestin, termasuk bantuan kemanusiaan dan sokongan diplomatik yang tidak berbelah bahagi.

Menerusi laporan eksklusif malam ini, Buletin Utama juga akan mendapatkan pandangan dari penganalisis yang sentiasa mengikuti rapat perkembangan mutakhir di Palestin terutama kekejaman rejim Israel ke atas Gaza sejak Oktober tahun lepas.

Pakar-pakar ini akan menyentuh ketegasan pemimpin-pemimpin negara yang membantah kekejaman berterusan tentera rejim hingga menyebabkan rakyat Palestin terus menderita.

Media Prima Teguh Berdiri Bersama Palestin! Hulurkan sumbangan anda kepada Tabung Kemanusiaan Palestin Media Prima melalui kotak tabung yang disediakan atau salurkan menerusi akaun Bank Muamalat 1401 0008 8447 15 atau Maybank 5642 7651 0331.

Sumbangan kepada Tabung Kemanusiaan Palestin Media Prima akan digunakan untuk membiayai bantuan kemanusiaan bagi komuniti yang terjejas.

Jangan ketinggalan untuk menyaksikan laporan khas ini menerusi slot Buletin Utama pada pukul 8.00 malam ini. TV3 komited untuk membawa berita yang tepat, berani dan memberi suara kepada mereka yang tidak didengari.

Menerusi laporan ini, TV3 berharap dapat meningkatkan kesedaran dan menyemarakkan semangat solidariti terhadap rakyat Palestin dari setiap sudut.