Google pada hari ini telah memperkenalkan telefon generasi ke-10 iaitu Pixel 10, Pixel 10 Pro dan Pixel 10 Pro XL.

Mari kita menelusuri dengan lebih mendalam tentang siri model Pixel 10 yang serba canggih dan moden yang dinantikan oleh para peminat sejak sekian lama.

Siri kali ini dibangunkan sendiri oleh Google yang mana lengkap dengan sejumlah menarik menerusinya. Dikuasakan oleh cip Google Tensor G5 yang serba baharu dan model Gemini Nano yang terkini, ia adalah peranti Pixel yang paling diperibadikan, proaktif, dan membantu yang pernah dicipta.

Tensor G5, silikon tersuai baharu Google, ini merupakan peningkatan paling signifikan kepada cip ciptaan mereka sejak Tensor diperkenalkan.

Ia memberikan prestasi yang pantas sambil membawakan pengalaman yang amat membantu kepada pengguna Pixel terlebih dahulu.

Kerjasama reka bentuk dengan Google DeepMind, model Gemini Nano terbaharu akan dijalankan buat kali pertama pada Tensor G5 untuk membuka pelbagai pengalaman AI generatif pada peranti yang menjadikan kehidupan seharian lebih mudah.

Berikut adalah spesifikasi serba ringkas model yang ditawarkan di dalam pasaran:-

Google Pixel 10

pixel
Sumber Gambar: Google

Google Pixel 10 merupakan model paling asas dalam siri baharu ini, menampilkan skrin 6.3 inci dengan kadar kecerahan 3000-nit dan memori 12GB RAM.

Selain itu, ia dilengkapi bateri 4,970mAh yang diklaim mampu bertahan sepanjang hari, dan boleh mencapai cas 55% dalam masa 30 minit.

Untuk fotografi, ia menawarkan sistem tri-kamera belakang yang menggabungkan lensa ultra-lebar 48-megapixel, sensor telefoto 5x, dan satu lagi sensor ultra-lebar, manakala kamera swafoto hadapannya pula adalah 10.5-megapixel.

Google Pixel 10 Pro

pixel
Sumber Gambar: Google

Google Pixel 10 Pro menampilkan skrin LTPO OLED 6.3 inci dengan kadar segar semula 1-120Hz dan kecerahan puncak sehingga 3300 nits. Dikuasakan oleh cip Google Tensor G5 dan memori 16GB RAM, ia menawarkan pilihan storan dari 128GB hingga 1TB.

Sistem tri-kameranya merangkumi kamera utama 50MP, kamera ultra-lebar 48MP, dan lensa telefoto 48MP dengan zum optik 5x serta “Pro Res Zoom” sehingga 100x. Peranti ini disokong oleh bateri 4870mAh dengan sokongan pengecasan berwayar 30W dan pengecasan wayarles 15W (Qi2).

Google Pixel 10 Pro XL

Siri Google Pixel 10 Dilancarkan Secara Rasmi Dengan Harga Bermula RM3,999
Sumber Gambar: Google

Google Pixel 10 Pro XL adalah model paling premium dalam siri ini, yang menonjolkan skrin LTPO OLED 6.8 inci yang besar, dengan kecerahan puncak sehingga 3300 nits dan kadar segar semula 1-120Hz.

Ia dikuasakan oleh cip Google Tensor G5 dan dilengkapi dengan 16GB RAM, serta menawarkan pilihan storan yang luas hingga 1TB. Sistem tri-kamera belakangnya menampilkan lensa utama 50MP, lensa ultra-lebar 48MP, dan lensa telefoto 48MP dengan keupayaan zum optik 5x dan “Pro Res Zoom” sehingga 100x.

Peranti ini juga mempunyai bateri berkapasiti tinggi 5200mAh yang menyokong pengecasan berwayar 45W dan pengecasan wayarles 25W (Qi2)

Di Malaysia, siri Google Pixel 10 kini boleh dipratempah dan akan mula dijual pada 28 Ogos 2025.

Harga permulaan bagi setiap model adalah RM3,999 untuk Pixel 10, RM4,999 untuk Pixel 10 Pro, dan RM5,999 untuk Pixel 10 Pro XL.

Sebagai tawaran tambahan, pembeli yang membuat pratempah model Pixel 10 Pro dan Pixel 10 Pro XL akan menerima akses percuma kepada Google AI Pro selama setahun.