The Simpsons selalu hadir dengan beberapa babak yang dianggap kebetulan kerana hampir sama dengan apa yang berlaku pada masa kini.

Selain kebetulan, The Simpsons juga dianggap sering meramal kejadian-kejadian di masa hadapan.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Dalam klip terbaharu yang dikongsikan oleh Ally Media di laman Tiktok, dilaporkan bahawa siri kartun tersebut ‘meramalkan’ bahawa Malaysia bakal dilanda dengan bencana alama.

Di dalam video yang tular tersebut, seorang penyampai berita, Kent Brockman bersama-sama dengan seorang lelaki berpakaian Bumbelee yang menyebut bahawa Kuala Lumpur akan dilanda dengan gelombang pasang surut sehingga menyebabkan 120 kematian.

@aly_media

The Simpson ramal Malaysia dilanda musibah? #alymedia #thesimpsons #tidalwave #harp #13september2023

♬ Suspenseful and tense orchestra(1318015) – SoLaTiDo

Difahamkan bahawa ini merupakan episod ke-12 dari Musim 5 yang diterbitkan pada 1994. Ini bukan kali pertama siri ini tular di kalangan rakyat Malaysia.

Ada juga sebahagian rakyat Malaysia menggunakan klip tersebut untuk mengaitkan kejadian banjir yang terjadi di Lembah Klang pada akhir 2021.

Manakala sebahagian pula mengaitkan siri tersebut dengan kejadian pasang surut yang terjadi pada bulan September ini.

Episod itu, bagaimanapun, tidak menyebut tarikh atau tahun tertentu yang akan berlakunya gelombang pasang surut.

Untuk rekod, ini hanya sebuah siri kartun yang sering dikaitkan dengan kejadian-kejadian yang berlaku di masa hadapan. Ia sebenarnya tiada kaitan dengan apa-apa yang sudah berlaku atau akan berlaku.